harini aku menangis lagi..menangis di hadapan Pencipta..mengenang banyaknya dosa yang dibuat sedangkan hati ini tahu ianya salah...ya Allah..lemahnya hambaMu ini..kadangkala diri ini terfikir- kenapa diri ini diuji dengan begitu hebatnya,makin dekat aku denganMu,makin banyak liku2 yang ada..atau ini semua sebab dunia yg kini begitu banyak godaan.ntahla...
orang cakap, kadang2 kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu..apa yg aku faham, kita terpaksa mlupakn apa yg kita nak kerana benda lain.contohnya,untuk menyenangkan hati orang lain, kita kadangakala terpaksa buat apa yang kita xsuka buat.mmg itu hipokrit..tp cm aku kata td..to get sumthing.you must sacrifice sumthing.aku dh pnt jadi cm itu..kadang2 cuba untuk tidak sebegitu.tp aku kalah dgn semua itu.aku suka tgk kwn2 aku gembira dr aku sorg2 gembira even aku tgh sedih.mungkin itu sebab kewujudan aku di muka bumi ini.untuk menggembirakan org lain..
biarlah..asalkan aku bahagia dgn hidup aku skang sudah even aku tidak dapat apa yg aku nk.
hati ini sunyi.itu yang dibisik oleh hati aku...takde kawan,takde teman..perlukan perhatian..tp bukanlah aku nak tagih simpati..hanya orang kata..kalo tak diluahkan..orang tak tau..tapi sikap aku ni nak biar orang sendiri tau,xpyh aku bgtau cmni..tp smpi bilakan??
hanya Allah yg ada disampingku..sebab Allah itu sahaja yang kekal.betul x??tp kalo dh nama manusia,mmg tak pernah puas..
k la..harapan hati ini..biarlah,teruskan sahaja hidup ini.kerana life is not beautiful when everything is beautiful...
p/s:happy birthday big boss,mr brandon.semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.nway kek marble cheese yang kak yati buat sangat sedap....nak lagi...
Sunday, January 20, 2008
Saturday, January 12, 2008
Saturday, January 5, 2008
baker hughes!!

haih..sudah 3hari ku berada bersama keluarga Baker Hughes selepas lapor diri pada 2hb hari tu.now i knew what my frenz said bout ofis work.its very damn bored..hahah..
hari pertama masuk dahla lmbt 5minit sebab tersalah jalan.hik2.so ku lapor diri,then secara rasmi ku telah jadi ahli keluarga baker hughes dan lebih spesific lg..baker petrolite.hehe..hari pertama dh membaca..annual reportla..background..policy...product and services..waduh..ngantuk bangat sih..but before that kitorg dibawa jalan2 sekitar ofis tu..xdela besar sngt..tp bolehla tawaf.he2.ha..lupa plak..ofis kitorg tu terletak di tingkat 12 menara tan&tan,jln tun razak,berdekatan dgn menara tabung haji..n tidak berjauhan dgn RnZ n Ranhill ofis where other utp students r doing their praktikal.emmm..luckily hari tu birthday kak yati,one of the petrolite division staff..so dapatla merasa kek cheese yang sangat sedap..yummy..thank you n Happy Birthday kak yati.lunch tu kitorg mkn dgn ayin n sorg bdk foreigner.2-2 keje kat ranhill.mkn kt McD je.he...(damn..duit scholar xmasuk lagi!!)
hari kedua pon sama..tmbh lg bahan bacaan..mmg aku ngantuk gilerla..tp early in the morning kitorg di-briefing oleh en abdullah.one of the staff yang bau smpi.the day before dia xde sebab ada hal emegency kat kemaman..nasib baikla briefing tu lama..xdela lama sngt kitorg membaca pagi tu...then lunch bersama bdk2 ranhill kat empire towers where ranhill ofis located.nice..gath dgn bdk2 utp.petang tu maybe dah terkantoi kot dgn en abdullah.sebab tertidor.hak2.buhsan giler duh baca sumer tu.hahaha..mana taknya,cubicle dpn dia..lalala...
hari ketiga..ish2..cj ni nak citer tiap2 ari ke..xdela, 3ari je..ha2..hari ketiga nasib baik kak yati menyelamatkan kitorg dr kebosanan yang hampir membunuh.dia bagi kitorg keje skit utk dibuat..xdela buhsan sangat..petang tu dahle kena tipu dgn mael time lunch..haih..tapi mmg okla..dpt jumpa bnyk lagi bdk utp yg len especially dr RnZ.huhu..macam kat UTP plak...(yeay!!scholar dah masuk..)
hmm...dunia n memang kecik je kan??..ke mana2 kita pergi..kita x akan lari dari teman,musuh,kesilapan,kegembiraan kita yang lepas..kita pasti akan jumpa suatu hari nanti...itula namanya takdir.pertemuan pasti ada perpisahan..begitulah nasib seorang makhluk bernama manusia.jangan salahkan perpisahan yang menyakitkan,kerana jika tiada pertemuan pasti tiada perpisahan.namun perlukah pertemuan disalahkan.biarlah akal yang budiman menjawabnya.tapi semua itu pasti akan kita lalui.
kadang2..hati ini tertanya,kenapa pahitnya perpisahan dan manisnya pertemuan.kenapa tidak sebaliknya.sebab,dari perpisahan itu kita akan belajar untuk menjadi lebih matang,lebih berdikari dan akan bertemu dengan perkara2 yang lagi bagus atau sebaliknya.tidakkah,manusia itu tidak pernah belajar dari kesilapan diri sendiri atau orang lain.kenapa ianya tidak digunakan untuk lebih maju ke depan.maju dai segi lahiriah dan batiniah.bukannya seperti golongan2 remaja yang menghidu gam di pesta keramaian anjuran pihak2 tertentu tatkala negara melangkah ke tahun baru dengan azam untuk lebih membangun.bukankah kemajuan dan kejayaan negara pada masa depan bergantung pada belianya masa kini.jika hancur,hancurlah negara itu..jika bagus,bagusla negara itu..
bukan tidak kesian melihat bangsa yang meLAYU di tanah sendiri,tapi bukan kah sepotong ayat suci,tidak akan diubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak mengubahnya.apelah meLAYU..biarlah.mungkin belum tiba masanya untuk ku menghulurkan tangan untuk mengubah nasib org meLAYU ni..biar ku berjuang dalam hidupku kerana perjuanganku belum selesai...
ya...perjuangan kita masih belum selesai..
andai sang suria tiada dan sang hujan dan halilintar yang tiba,
mugkin tanpa disedari sang pelangi kan muncul di akhir nanti....
Monday, December 31, 2007
ambang tahun baru
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.akhirnya dapat jua ku hasilkan satu blog untuk diriku untuk ku nukilkan sesuatu.yela selama ini hanya baca blog orang sahaja.so blog ini hanyalah Ceritera insan biasa yang diambil sepanjang perJalanan hidup untuk dikongsi bersama dengan teman2 yang sudi membaca.
untuk post yang pertama ini,lebih senang untuk ku nukilkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2007.yela..2008 bakal menjelang,apa kata kita renung sejenak..apa yang telah kita lalui.hidup ini penuh dengan liku-liku dan onak duri sepanjang perjalanan yang kita tempuhi.ada kalanya kita diatas-dijulang dan dijunjung sehingga ke langit ke tujuh tapi ada kalanya kita berada dibawah-dipandang hina seperti lebih hina dari sampah di jalanan.begitulah hidup manusia.tidak seindah yang diharapkan.tapi itu semua ketentuan Allah-tuhan yang satu,raja segala raja.segala dugaan dan cabaran yang kita terima dan tempuhi tidak kiralah baik atau buruk,bahagia atau sengsara,gembira atau duka nestapa..semua itu hanya untuk menduga hati kita.xselamanya kita akan bahagia dan xselamanya kita akan hidup sengsara.yang pasti..kita perlu jalani semua itu dengan hati yang tenang dan penuh ketakwaan..
mula2 kita start dengan Tronoh Theatre Shop.yup..satu2nya kumpulan teater di UTP,tempat pengajian ku.kumpulan teater yang memperjuangkan teater moden baru namun hanya segelintir menghargainya.manusia masih bersikap skeptikal.jumud kalau betul penggunaannya.he2.yang pasti group ni mmg best.org2nya,directornya dan juga pementasannya.semuanya buat hidup ini penuh dgn bermacam2 rencah.tawa dan tangis sudah jadi kebiasaan.bermacam2 watak yang ku pegang..lelaki di zaman kesultanan melayu melaka,orang yang gila bercinta dengan pokok layu,penagih dll.buat diri ini belajar memahami pelbagai sudut pandangan lapisan masyarakat tentang seseorang.bagaimana kita boleh lihat seorang itu menangis dan tertawa.yang paling best tapi xbest ialah menang tempat ketiga dalam festival teater negeri perak.even itu kali petama ku menyertainya since tahun ni baru ku bergiat dengan bidang pementasan ini,tapi harapan untuk mendapat tempat pertama adalah pasti.namun kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.mungkin ada hikmahnya..ucapan terima kasih kepada Doc Shark-director,akin,epal,fura,izi,nuar,k-ril dan pelakon2 len kerana komitmen anda dan korg mmg best dan tidak lupa kepada orang kuat belakang tabir kita-group management yang diketuai cik mat dan dibantu setia oleh rabbani dan teman seangkatan.korang memang best!!welcome to the club bagi org2 baru =)
group TTS yang mmg best!!
salah satu watak - soul.seram x??
so..next agenda is my best birthday present ever..menunaikan umrah di baitullah dan melawat madinah,bumi yang diberkati.tatkala diberitahu,perasaan tidak dapat digambarkan dgn kata2.sedih,pilu,gembira,excited..semua ada..bercampur2.subhanallah..ucapan yang tidak lekang dari bibir ketika menghadap kaabah,menjejakkan kaki di baitullah dan masjid nabawi.hati kala itu,menangis melihatkan diri yang sangat kerdil.Ya Allah...sukarnya ku nak gambarkan dan ceritakan semua2nya di sini...ku mahu ajak semua sahabat2 ku jangan lengah2kn masa yang ada, jangan bazirkan duit yang ada, jangan sia2kan kesihatan yang ada untuk pergi ke madinah dan mekkah.andai london,sydney,paris dan hong kong boleh jejaki, takkan tempat yang Allah berkati ini, hati ini tidak terdetik untuk pergi ke sana. berdosa jika kemampuan untuk pergi tetapi seribu alasan diberikan.tanah haram mekah,tempat dimana 100 000 lebih baik dari kebaikan yang dibuat di tanah halal dan 1000 kali lebih baik beribadah di masjid nabawi dari tempat lain selain masjidil haram. subhanallah..Allah itu Maha Pemurah...selalu2lah untuk berdoa untuk diizinkan Allah untuk menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah.minta kita diberi kesempatan untuk menjadi orang yang paling beruntung di dunia dan akhirat.insyaAllah...tak perlulah ku bercerita panjang.cukup rasanya bagi diri ini bagitau tambahkanlah rindu kepada Rasulullah dan cintakan kepada Allah.mungkin ini akan menjadi pembakar kepada semangat kita untuk menjejakkn kaki ke kedua tanah haram ini.
lambaian terakhir baitullah,harap2,bukanlah yang teakhir kalinya
hmm..apa lagi mahu dinukilkan..ETP??haha..macam2 berlaku.macam2 ada.begitula trade mark Astro.yang pasti SV kitorg plg best(bodek la tu.hak2).banyak masalah kitorg hadapi,yela ketua kumpulan la katakan.kenalah handle masalah.kalau x.Doc nak bagi zero.haih susahnya hidup.so..alhamdulillah kitorg dapat selesaikan masalah dan cuba bagi yang terbaik.then at the last..happy ending.we won silver medal in Engineering Design Exhibition 20th.proud that we won the medal even some of us lost their hope to winning any medal.haih~.congrats group ETP 19..korang semua mmg best especially nana(lengkali kita buat da real coklat kek ek??.hahaha)
booth ETP 19, EDX 20th
last but not least..salah satu sebab ku kena "berehat" selama satu semester dari TTS.tapi mmg betul2 berehat pon.hopefully.ku akan buat praktikal di labuan with Baker Hughes-oilfield services company.waduh..gue bilang sama lo sekalian,tawarannya tidak bisa ditolak..hehe.best2.itula berkat kesabaran hingga ke saat terkahir.betulla orang yang sabar itu banyak ganjarannya,jika tidak di dunia,pasti di akhirat sana.orang kata kenapa labuan.jauhnya.hmm..hati sudah lama berniat untuk buat praktikal di seberang sana.di kepulauan borneo.tak kirala sabah atau sarawak.dan yang kedua...berkerja with O&G or chemical base company is my 2nd aim.alhamdulillahla..hajat diperkenankan.lagipon ongkosnya banyak dong..
labuan.....
emm..pelik??kenapa yg dinukilkan semuanya cerita best2 aje.tadi kata jalan penuh denga suka duka.hmm...teringat kata2 ratu hatiku, 'tidak senang untuk hidup senang dan jadi orang senang'.yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.setiap ceritera itu ada suka dan dukanya.andai sepanjang jalan itu tiada cabarannya, no life la brother..hehe..masalahla yang mendewasakan seseorang.dugaanla yang mematangkan seseorang dan semua ini hanya kita dapat jika kita mampu hadapi seperti sebuah kapal.jadikan iman itu nakhodanya,ilmu yang baik sebagai layarnya,amal soleh sebagai kapalnya dan takwa itu kompasnya untuk meredah lautan yang bergelora.biarlah cerita pahit menjadi lipatan sejarah hidupku dan yang manis dikongsi bersama dengan teman2 yang setia membaca.bukankah manis itu lebih disukai manusia dan pahit itu kalau boleh dibuangnya.tapi apakan daya,itulah yang kita perlu harungi semuanya telah ditakdirkan.
esok,2008 akan kita tempuhi.kuala terengganu bakal diwartakan sebagai banda raya warisan pesisir air dan ayahku akan genap umurnya separuh abad.diharapkan,tahun yang mendatang ini akan membawa lebih kejayaan dan kebahagiaan padaku dan teman2 sekalian.amin.insyaAllah kita jadikan diri kita yang terbaik sebagai khalifah di muka bumi ini.
Walaupun lelah untuk menghadapi mengalah bukan jawapan yang ada
Walaupun berat segala di dada ku pasti mengharungi ke akhirnya
Tiada guna bertanya semua yang terjadi
Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan
SELAMAT TAHUN BARU 2008!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)