http://www.mcoba.org

Monday, December 31, 2007

ambang tahun baru


Assalamualaikum.


Alhamdulillah.akhirnya dapat jua ku hasilkan satu blog untuk diriku untuk ku nukilkan sesuatu.yela selama ini hanya baca blog orang sahaja.so blog ini hanyalah Ceritera insan biasa yang diambil sepanjang perJalanan hidup untuk dikongsi bersama dengan teman2 yang sudi membaca.



untuk post yang pertama ini,lebih senang untuk ku nukilkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2007.yela..2008 bakal menjelang,apa kata kita renung sejenak..apa yang telah kita lalui.hidup ini penuh dengan liku-liku dan onak duri sepanjang perjalanan yang kita tempuhi.ada kalanya kita diatas-dijulang dan dijunjung sehingga ke langit ke tujuh tapi ada kalanya kita berada dibawah-dipandang hina seperti lebih hina dari sampah di jalanan.begitulah hidup manusia.tidak seindah yang diharapkan.tapi itu semua ketentuan Allah-tuhan yang satu,raja segala raja.segala dugaan dan cabaran yang kita terima dan tempuhi tidak kiralah baik atau buruk,bahagia atau sengsara,gembira atau duka nestapa..semua itu hanya untuk menduga hati kita.xselamanya kita akan bahagia dan xselamanya kita akan hidup sengsara.yang pasti..kita perlu jalani semua itu dengan hati yang tenang dan penuh ketakwaan..


mula2 kita start dengan Tronoh Theatre Shop.yup..satu2nya kumpulan teater di UTP,tempat pengajian ku.kumpulan teater yang memperjuangkan teater moden baru namun hanya segelintir menghargainya.manusia masih bersikap skeptikal.jumud kalau betul penggunaannya.he2.yang pasti group ni mmg best.org2nya,directornya dan juga pementasannya.semuanya buat hidup ini penuh dgn bermacam2 rencah.tawa dan tangis sudah jadi kebiasaan.bermacam2 watak yang ku pegang..lelaki di zaman kesultanan melayu melaka,orang yang gila bercinta dengan pokok layu,penagih dll.buat diri ini belajar memahami pelbagai sudut pandangan lapisan masyarakat tentang seseorang.bagaimana kita boleh lihat seorang itu menangis dan tertawa.yang paling best tapi xbest ialah menang tempat ketiga dalam festival teater negeri perak.even itu kali petama ku menyertainya since tahun ni baru ku bergiat dengan bidang pementasan ini,tapi harapan untuk mendapat tempat pertama adalah pasti.namun kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.mungkin ada hikmahnya..ucapan terima kasih kepada Doc Shark-director,akin,epal,fura,izi,nuar,k-ril dan pelakon2 len kerana komitmen anda dan korg mmg best dan tidak lupa kepada orang kuat belakang tabir kita-group management yang diketuai cik mat dan dibantu setia oleh rabbani dan teman seangkatan.korang memang best!!welcome to the club bagi org2 baru =)



group TTS yang mmg best!!

salah satu watak - soul.seram x??


so..next agenda is my best birthday present ever..menunaikan umrah di baitullah dan melawat madinah,bumi yang diberkati.tatkala diberitahu,perasaan tidak dapat digambarkan dgn kata2.sedih,pilu,gembira,excited..semua ada..bercampur2.subhanallah..ucapan yang tidak lekang dari bibir ketika menghadap kaabah,menjejakkan kaki di baitullah dan masjid nabawi.hati kala itu,menangis melihatkan diri yang sangat kerdil.Ya Allah...sukarnya ku nak gambarkan dan ceritakan semua2nya di sini...ku mahu ajak semua sahabat2 ku jangan lengah2kn masa yang ada, jangan bazirkan duit yang ada, jangan sia2kan kesihatan yang ada untuk pergi ke madinah dan mekkah.andai london,sydney,paris dan hong kong boleh jejaki, takkan tempat yang Allah berkati ini, hati ini tidak terdetik untuk pergi ke sana. berdosa jika kemampuan untuk pergi tetapi seribu alasan diberikan.tanah haram mekah,tempat dimana 100 000 lebih baik dari kebaikan yang dibuat di tanah halal dan 1000 kali lebih baik beribadah di masjid nabawi dari tempat lain selain masjidil haram. subhanallah..Allah itu Maha Pemurah...selalu2lah untuk berdoa untuk diizinkan Allah untuk menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah.minta kita diberi kesempatan untuk menjadi orang yang paling beruntung di dunia dan akhirat.insyaAllah...tak perlulah ku bercerita panjang.cukup rasanya bagi diri ini bagitau tambahkanlah rindu kepada Rasulullah dan cintakan kepada Allah.mungkin ini akan menjadi pembakar kepada semangat kita untuk menjejakkn kaki ke kedua tanah haram ini.




lambaian terakhir baitullah,harap2,bukanlah yang teakhir kalinya


hmm..apa lagi mahu dinukilkan..ETP??haha..macam2 berlaku.macam2 ada.begitula trade mark Astro.yang pasti SV kitorg plg best(bodek la tu.hak2).banyak masalah kitorg hadapi,yela ketua kumpulan la katakan.kenalah handle masalah.kalau x.Doc nak bagi zero.haih susahnya hidup.so..alhamdulillah kitorg dapat selesaikan masalah dan cuba bagi yang terbaik.then at the last..happy ending.we won silver medal in Engineering Design Exhibition 20th.proud that we won the medal even some of us lost their hope to winning any medal.haih~.congrats group ETP 19..korang semua mmg best especially nana(lengkali kita buat da real coklat kek ek??.hahaha)




booth ETP 19, EDX 20th


last but not least..salah satu sebab ku kena "berehat" selama satu semester dari TTS.tapi mmg betul2 berehat pon.hopefully.ku akan buat praktikal di labuan with Baker Hughes-oilfield services company.waduh..gue bilang sama lo sekalian,tawarannya tidak bisa ditolak..hehe.best2.itula berkat kesabaran hingga ke saat terkahir.betulla orang yang sabar itu banyak ganjarannya,jika tidak di dunia,pasti di akhirat sana.orang kata kenapa labuan.jauhnya.hmm..hati sudah lama berniat untuk buat praktikal di seberang sana.di kepulauan borneo.tak kirala sabah atau sarawak.dan yang kedua...berkerja with O&G or chemical base company is my 2nd aim.alhamdulillahla..hajat diperkenankan.lagipon ongkosnya banyak dong..




labuan.....


emm..pelik??kenapa yg dinukilkan semuanya cerita best2 aje.tadi kata jalan penuh denga suka duka.hmm...teringat kata2 ratu hatiku, 'tidak senang untuk hidup senang dan jadi orang senang'.yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.setiap ceritera itu ada suka dan dukanya.andai sepanjang jalan itu tiada cabarannya, no life la brother..hehe..masalahla yang mendewasakan seseorang.dugaanla yang mematangkan seseorang dan semua ini hanya kita dapat jika kita mampu hadapi seperti sebuah kapal.jadikan iman itu nakhodanya,ilmu yang baik sebagai layarnya,amal soleh sebagai kapalnya dan takwa itu kompasnya untuk meredah lautan yang bergelora.biarlah cerita pahit menjadi lipatan sejarah hidupku dan yang manis dikongsi bersama dengan teman2 yang setia membaca.bukankah manis itu lebih disukai manusia dan pahit itu kalau boleh dibuangnya.tapi apakan daya,itulah yang kita perlu harungi semuanya telah ditakdirkan.


esok,2008 akan kita tempuhi.kuala terengganu bakal diwartakan sebagai banda raya warisan pesisir air dan ayahku akan genap umurnya separuh abad.diharapkan,tahun yang mendatang ini akan membawa lebih kejayaan dan kebahagiaan padaku dan teman2 sekalian.amin.insyaAllah kita jadikan diri kita yang terbaik sebagai khalifah di muka bumi ini.


Walaupun lelah untuk menghadapi mengalah bukan jawapan yang ada

Walaupun berat segala di dada ku pasti mengharungi ke akhirnya

Tiada guna bertanya semua yang terjadi

Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan


SELAMAT TAHUN BARU 2008!!!