http://www.mcoba.org

Wednesday, September 24, 2008

mencari keberkatan Ramadhan & keredhaan Illahi

Assalamualaikum...

sedar atau tidak,kita sudah menghampiri ke penghujung Ramadhan,bulan yang penuh keberkatan dan limpah kurnia Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..

dan tanpa kita sedari juga..kita sudah melangkah ke 10malam terakhir dimana turunnya malaikat untuk menyambut kedatangan lailaltul qadar-malam yang lebik baik dari seribu bulan.ada yang mencari lailatul qadar dan ada juga membiarkan ianya berlalu seperti tiada apa makna baginya melainkan tidur itu lebih baik.

adakah mampu untuk kita hidup 83 tahun(seribu bulan) lagi??sudah sampaikah minima amalan kita untuk mendapat pasport masuk syurga,negeri yang indah dan kekal selamanya??adakah kita merasakan amalan kita mampu untuk mendapat keredhaan Illahi,dipandang penuh ihsan dan diberkati hidupnya??atau mampukah kita beramal agar terampun dosa kita yang memang sentiasa dilakukan oleh manusia yang hina lagi naif ini??

usia umat Muhammad lebih pendek dari umat Nabi2 lain.kalau ikutkan umur Rasulullah pon hanya sampai 63tahun.itulah benchmark umur kita.kalo dipanjangkan,alhamdulillah.Allah mahu kita teruskan khidmat kita sebagai khalifah di muka bumi.namun andai esok,hari ini atau sekejap lagi segala nikmat yang kita ada ditarik dan nafas kita adalah nafas yang terakhir,mampukah dengan amalan kita yg umurnya sekerat menjamin kita mendapat keredhaan Allah dan seterusnya mencapai kebahagiaan yg abadi di akhirat nanti??

renung2kanlah wahai teman...jangan terlalu alpa dengan kesibukan dan keseronokan dunia sampai kadang2 terlupa akan matlamat sebenar kewujudan kita di muka bumi ini.dunia ini dikatakan sebatang jalan yang menghubungkan ke akhirat-dunia yang kekal abadi.sepanjang perjalanan itu,rebutlah peluang yang ada agar segala usaha kita di dunia ini membuahkan hasil di akhirat nanti.jangan nanti kita termasuk dalam golongan yang kecewa dan mengeluh seperti yang tertulis di dalam Alqur'an-mahukan dihidup kembali dan beramal bersungguh2 di dunia.andai tiba masa itu,segalanya sudah tidak bermakna.

manusia itu selalu lupa.peringatan ini bukanlah untuk teman2 sekalian sahaja.tapi juga untuk diri ini yang serba kekurangan.andai ada yang terlupa,ingat2kanlah.agar kita semua mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.insyaAllah.sehingga bertemu lagi..wallahualam

p/s:post akan datang - berbuka bersama Rektor & berbuka di Syuen Hotel.tunggu~~~

salam sang kelana d-_-b

Sunday, September 21, 2008

untuk renungan~

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah.... . x tau lagi....

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran....pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer, apa kulit dah tebal
nak masuk neraka?...

masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju.

suruh sembahyang.. .nanti..nanti. .
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti}
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji}

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama..

kesudahanya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka}} penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak
dijana....

bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat...

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...

pegang sana pegang sini,
x takut ker susut nilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai.

tulah... tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..

kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah xpayah susah}
tau lak senyap bila dah bunting....

la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nas ib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan}
baru sekarang menyesal bangat....

nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas...

p/s:tribute to peacemaker

salam sang kelana d-_-b

mencari cinta...........

assalamualaikum~

susah sangat ke nak jumpa cinta sejati??cinta yang membawa kebahagiaan untuk selamanya.happily ever after.sang kelana tengok teman2 sang kelana, mudah aje bertukar pasangan.kononnya dah jumpa mr perfect@miss right.then bila kemanisan cinta dah tiada,bahtera cinta yang dilayar karam di lautan yang xdela ganas pon.(he2).
orang cakap,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.dan perempuan yang baik itu diumpamakan dengan sebiji epal yang nun tumbuh di pucuk pokok-susah untuk dipetik,hanya orang2 tertentu sahaja yang mampu memetiknya.tapi ramai yang memilih untuk senang gugur dan mudah dipetik.bila dah terbiar tidak dikutip dan busuk,baulah tahu~ dan lelaki pulak,apabila nak berkasih,mahu mencari yang terbaik je,kononnya dia dah bagus sangat.tapi kalo ikutkan, nak menjadi imam sembahyang 5waktu pon belum tentu lagi mampu.inikan nak pimpin anak dara orang dan menjadi ketua keluarga satu hari nanti.begitulah perumpamaan yang diberikan....
bagi sang kelana plak,xtaula mahu dikategorikan diri ini sebagai lelaki perasan bagus ke atau lelaki yang takut terima realiti.perasan bagus sebab terlalu memilih.konon nak cari yang terbaik.beberapa kriteria ditetapkan.huhu..xperlulah bagitau kat sini.senang citer kriteria cam lagu altimet-chantek,xdela cerewet sangat kan??pastu bile ada pompuan nak,tapi xcukup kriteria...buat2 xtahu je.huhu..perasan bagus ke atau mahu cari yang terbaik dalam hidup??salah ke??
takut terima realiti plak,bila sudah bertemu dengan gadis yang kononnya seswai.cmne org ckp,lidah kelu,diri tergamam dan hati terpegun untuk berkata2.nak cakap "I LOVE YOU" pon cam susah.takut perempuan tu tidak mahu menerima cinta yang diberi.senang citer, takut di'reject'.haha2....nak dijadikan cerita,teman2 selalu aje minta nasihat dalam bercinta,konon diri berpengalaman,padahal nak meluahkan perasaan pon xgheti.hu2.malu2...nak dijadikan cerita kedua pulak,sebab susah sangat nak luahkan perasaan sudah beberapa episod cinta berakhir dengan no happy ending.dream girl sudah berpunya.terlepas sudah~~
susahnya mencari cinta makhluk ini.cinta kepadaNya tidaklah sesusah ini.Dia menerima kita seadanya.Dia ada dimana sahaja pabila kita memerlukan. Dia tidak memilih rupa paras kita, yang Dia tahu,hati yang mahu mendekatiNya,hati itulah yang dicintaiNya.Bercinta dengan Dia tidak susah. Bercinta dengan manusia itu lebih payah. Dengan Dia, cinta tidak bersyarat. Dia tidak pernah meletakkan syarat "kau kuruskan badan dulu, kau kena beli kereta dulu, kau hadiahkan aku banglo dulu", sebaliknya Allah S.W.T berkata : Selangkah kau datang kepadaKu, seribu langkah Aku datang kepadamu.Dia sayang kepada kita. Jika kita balas cintaNya tentu Dia gembira dan menyayangi kita.
Bila Allah sayang kita, tentu Allah akan sentiasa melindungi kita dari sebarang kejahatan. Allah akan menutup mata kita daripada melihat yang maksiat. Allah akan menutup telinga kita dari mendengar yang maksiat dan Allah akan mengunci mulut kita dari berkata yang maksiat yang tidak mendatangkan faedah malah mendatangkan keburukan kepada kita.
Allah menyuruh meletakkan cinta yang mudah dan membawa keuntungan ini di tempat teratas. Bukan tidak boleh menyintai manusia, tetapi sebelum itu mesti mencintai Allah terlebih dahulu. Apabila kita ingat DIA semasa kita cintakan manusia, kita dapat mengawal cinta itu supaya terpandu dalam kebaikan. Pasti Allah meredai dan merestui cinta kita pada yang lain.inilah namanya mencari CINTA yang kekal abadi...
semoga sang kelana dan teman2 sekalian dapat bertemu dengan cinta yang sejati.tambahan pulak di bulan Ramadhan ini,kasih sayang Allah itu melimpah.hanya pada kita mahu atau tidak untuk mencari dan mendapatkannya...wallahualam

p/s:sang kelana masih belum bertemu cintanya, berkelana mencari cinta seorang bidadari syurga~

salam sang kelana d-_-b

Tuesday, September 16, 2008

happy ending..........????

assalamualaikum

tanpa disedari kita telah meninggalkan separuh dari bulan ramadhan yang barakah.sudah cukupkah amalan kita??adakah meninggalkan bekas dalam diri??sudah bertambahkah keimanan kita kepada Allah yg Maha Esa??tertaklukkah nafsu yang selama ini yang menakluk diri kita??and there you goes with the list of questions andai kata mahu muhasabah diri..

sang kelana kadang2 terpikir,banyak manusia kini hanya menjalankan ibadah coz there said so without realizing the objective and the meaning of the ibadah.yela kalau macam puasa,sepatutnya menginsafkan kita dengan kekurangan dan keperitan hidup saudara2 kita yang susah dan miskin tapi pabila waktu berbuka puasa makanan di meja melimpah sampai kena letak lauk2 kat meja tambah plak dan membazir lalu dibuang di dalam tong sampah disebabkan xmampu nak habiskan.puasa sepatutnya menjadikan diri rendah diri dengan kekurangan sebagai manusia yg naif lagi hina tapi puasa hanyalah puasa,bukan muhrim berpegang tangan di bazar,waktu malam digunakan membuat perkara tidak baik dan sewaktu dengannya,kononnya dah malam,xpuasa maka bolehlah buat perkara tidak baik..dan puasa juga sepatutnya lebih mendekatkan diri manusia dengan Penciptanya sebab ibadah puasa itu adalah untuk Allah,maka manusia lebih perlu berusaha untuk tambahkan amalan sunat agar hati ini sentiasa cintakan kasih dan keredhaan Allah selain menjalankan ibadah yang fardhu,namun manusia hanya puasa tanpa menyedari apekah puasa itu untuk apa dan kenapa.puasa hanyalah puasa.andai sembahyang tidak dilakukan.amalan sunat apatah lagi.menyebut zikir pun susah dan terawikh yang lapan pon terasa berat,inikan mahu beribadah di malam hari..sang kelana doakan moga2 terbuka hijab dan diberi petunjuk kepada sang kelana dan semua umat islam di dunia.


mereka sentiasa menagih untuk mengharapkan sesuap nasi.
masih adakah masa depan untuk mereka??

masih lagi ada masa untuk kita perbaiki kekurangan diri dan merebut segala janji dan ganjaran Allah di bulan ramadhan ini.belum terlambat untuk kita menambahkan keimanan kita dan menambahkan saham akhirat kita.jangan biarkan ramadhan kali ini berlau dengan tanpa sebarang erti kerna adakah diberi lagi kesempatan untuk kita bertemu ramadhan yang akan datang??

basahkan lidahmu dengan zikrullah

bukanlah kutukan mahupon hinaan.sekadar peringatan untuk semua termasuk diri ini yang serba kekurangan.bukankah kebahagiaan di dunia dan akhirat yang diidamkan??happy ending is everyone dream,it just for a temporary or happily ever after..tepuk dada tanyalah iman.

wassalam

salam sang kelana d-_-b

Tuesday, September 9, 2008

ku kira dia belum mengerti...

assalamualaikum.
selepas bersahur.sang kelana terus menghadap skrin komputer.membaca post2 blog yg ku kira banyak untuk dibaca...

sembahyang fardhu tidak dilupakan.dihiasi dengan zikrullah dan doa agar diberikan petunjuk dan hidayah dalam hidup.tidak lupa diampunkan dosa yang lalu dan memohon agar semua umat muslimin dan muslimat diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.membasahi lidah dengan kalimah Allah agar hati yang hitam ini mampu dibersihkan agar dapat mengingati Allah sepanjang masa.



tatkala itu ada manusia yang masih dibuai mainan tidur,diulit mimpi indah sehingga sinar mentari sudah menerangi ke segenap alam fana.dan terlepaslah mereka temujanji untuk menghadap Raja segala raja.apekah mereka tidak mengerti amanah yang mereka pegang dan janji yang dibuat sebelum mereka lahir ke dunia lagi.tidak cukupkah peringatan dan balasan di dalam Al Quran dan Hadis Rasulullah??masih mampukah kita untuk bertahan dengan api neraka andai di dunia ini hanya bahang api sudah membuat kita tidak senang duduk??andai berlapar dan dahaga sekadar untuk menunjuk dan mengikut manusia lain tanpa menunaikan rukun yang kedua penting,apekah ibadahnya masih diterima??sedangkan solat itu akan ditanya terlebih dahulu oleh Hakim akhirat,andai baik solat itu,baiklah amalan yang lain.andai rosak solat itu,sia2lah amalan lain.ku kira dia mengerti akan semua ini.



sekadar peringatan untuk diri sang kelana dan pembaca semua.manusia itu sering terlupa.jadi tanggungjawab kita,fardhu kifayah untuk mengingatkan saudara2 seIslam kita agar mereka dan kita juga masih berada di jalan yang benar lagi lurus.ku kira semua ini kamu mengerti....

p/s: hanya sebagai tempelan untuk post ini.tolong promosi skit.andai ada yang mahu mencari dessert atau kuih muih untuk berbuka puasa atau juadah hari raya(awal la plak kan....),blelah ke site ni,xpon click je kt link kt sebelah ni.kak yati punya blog tu ek.



nyum2~sedap mata memandang....

moga bulan barakah kali ini tidak dipersiakan.berdoalah agar kita ditemukan dengan barakahnya dan diredhai Allah~

salam sang kelana d-_-b

Friday, September 5, 2008

aktiviti:buka pose

last weekend,tatkala keseorangan di bilik,ex-rum8 a.k.a. jiran bilik skang a.k.a ijat call aku,"CJ,nnti kitorang plan nk buka puasa yg cam grand skit.ko ok x??"aku,"aku xkisah on je.=)"

isnin malam@malam kedua puasa.ijat,"CJ,konpem.ari rabu nih kita berbuka puasa kt casuarina hotel.apy dah book"aku,"ok"....dalam hati,nilah 1st time berbuka puasa di hotel.bayaran xyah cakapla tapi xdelah mahal sangat.still okla~student range dan xcam membazir sangat for a buffet.

selasa malam@malam ketiga puasa.aku,"WHAT??korang nak p pakai baju melayu full and baju kurung.semangat seyh.xbleh blah.korang tau x bau puasa hari ke4.dahle nak buka puasa je kot,just tempat je kt hotel" reaksi aku bila rum8ku a.k.a faid menyuarakan plan diorg utk berbuka puasa di casuarina hotel.aku cam...huhu..apa2 jela.ikut je.don want to spoil the mood.

rabu malam@the day~...that evening aku n rum8 ada HRM-human resource and management test.right after test.kitorang singgah masjid UTP yg cantik lagi terapung tuh untuk tukar uniform(baju melayu full).gile apa2 siap awal2 pakai baju melayu masuk hall wat test.xde maknanya aku nak men'capub'kan diri.then naik viva merah trus ke ipoh.kt sana yg len sudah menunggu~

then berbuka puasa.makan dengan segala makanan yang ada kat situ.we went slow coz its buffet.rugila makan skit je.gelak ketawa kitorg mmg dominan la dlm 'garden terrace' tuh.usik mengusik.lawak2 bangang.sambil menunggu perut menghadam makanan yang sedap dan oklah~and x lupa snappy2.huhu..so this is our day out for breaking the fast.

nyum2..makan~
itadakimasu!!!
dessert anyone??
pelarian2 yang kebulur~~
merahnya....
purple is the new black~
when purple blend with red, we get blackcurrant.huhu
when lemon with grapes, with got gramon~~muahaha
muka gembira kekenyangan
muka hepi dah makan banyak
pose sebelum nak amik makanan
xcukup makanan,kita makan garfu plak
kami suka makan banyak
gambar terakhir before basuh pinggan(xde duet nak bayar)
posing di lobby hotel
gambar bersama pengantin semalam(xcukup sehari pon)
muka2 ceria dan happy
guys pose
girls pose
keluarga merah pose

p/s: credit to appy and ijat for the pic taken.thank you so much.luv you all lot.and thanks also for the unforgettable moment =)

komen zetot for this event

salam sang kelana d- _ -b