Sunday, May 4, 2008
sendirian bukan keseorangan
sukanya berkawan dan mempunyai kawan
kerana kawan dapat ceriakan hidup yang kadang2 lesu dan pudar warnanya..
bestnya kalau bertemu kawan lama dan memutar kembali memori bersama..
apa guna kawan kalo tidak pada dia kita luahkan masalah dan perasaan kita..
kalau ada kawan,semua cerita ingin di beritahu..
itu yang best kalau ada kawan..
kadang2 kita mahu kawan sentiasa di sisi..tapi siapa dia untuk ada selamanya...
apa saja namamu,kawan,sahabat mahupon teman...
terima kasih untuk segalanya.
dari temanmu yang sendirian...
Wednesday, April 30, 2008
Monday, April 28, 2008
saya dah tua =)
Happy Birthday to me. Its 22 already...
huhuhuhu.ku menyambut hari lahir ku seminggu yang lepas pada 21 april.hehe.ingatkan akan menyambut birthday tahun ni sorang2.yela since ku terdampar di pulau labuan ni.tapi like one of the football club motto,you'll never walk alone...ya..thanks to marlene,even its small party,but i enjoy it.we had 3 large pizza hut,2 bottles of carbonate drink, 12 deli chicken wings, 1 big bowl of ice cream and not forget birthday cake.hehe...and also thanks to ziman,one of the SLB guys for the ghost storieS.haih...memang susah nak tido lately since citer hantu tu.hahaha..apa2 pon..thanks to everyone that wish me before,on and after my birthday day.love you all so much.

Welcome to KK!!!
Last weekend.ku ke kota kinabalau.yeay!! at last dapat jugak ku menjejaki kaki ke sabah.waduh2.selamat datang ke kota kinabalu bah!!kitorang tinggal di hamin lodge.its a nice budget hotel.with a culture and traditional interior design touch.korang ble usha page diorang. www.haminlodge.com kitorang p sana dengan feri,3hours journey.okla.not bad.sampai kt sana,cek in hotel.then..terus memulakan pengembaraan kitorang di bandar kota kinabalu.huhu..kitorang shopping!!haha..shopping xhengat punya.sampai kedai tutup la kitorang shopping,haha...cam bau kuar dr kampung ulu mana ntah.then kitorang p waterfront diorg.nice view there.we end our day by watching movie.the forbiddden kingdom.nice story but unfortunately sebab penat sangat berjalan2 non stop dr petang sampai ke malam,ada gak part of the movie ku termiss sebab terlelap.hak2...dont do this at home =)

Tamu Ahad.best bangat bah!!

da beauty of botanical garden

World War II memorial park

Labuan museum.

chimney...huhuhu
we are vacation trainee.

Monday, April 14, 2008
pening kepala
semalam jalan2 labuan lagi.dengan marlene.ingat nak register kelas scuba diving.tutup plak.so maybe next time pergi kot.then lunch.makan seafood salad.sedap tuu...huhuhu..then p UK plak,beli barang makan skit.marlene nak nli air pearl yang dia suka.he2.
before kitorg balik umah marlene,singgah kat terminal kapal jap.tengok price and time untuk p kota kinabalu.he2.plan banyak,tapi bila nak buat pon xtau.then...balik umah marlene.lepak2 jap pastu kena tipu dengan kawan marlene,ban(ex-utp gak).ble plak dia ketuk2 pintu tapi xcakap pape pon.sapa kat dalam ke.ada orang x.ini mmg ketuk cam orang psycho kejar orang la..kitorang dalam umah cuak.huhuhu.apa2 pon memang kelakar la.
pastu kuar lagi.hantar ban p gunting rambut then kitorg teruskan misi kitorg.mencari tempat untuk pergi ke pulau kuraman-nice pulau tu.ble buat snorkelling.scuba diving.ada WWII ship wreck.so pusing2 akhirnya jumpa gak jeti dia.agak pricy gak le.pergi balik sorg rm50.haih~lepas dah jumpa kitorang p shopping market since marlene nak beli some stuff.then kena amik ban skali....
malam plak kitorg p dinner.ban belanje.yela orang bau balik dr rig.maynak la duet dia.huhuhu.sedap.ada ikan kerapu 3rasa.sotong celup tepung,ayam masak merah.kailan ikan masin.huhu2.terima kasih daun keladi.kalau jumpa,ble balanja lagi.lalala...
siapa sangka
bila tiba masa kita untuk pergi selama
takkan terduga
jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya .....
salam kelana =)
Sunday, April 13, 2008
sekadar coretan
sebenarnya xtau nak tulis apa tapi setelah tengok blog2 kawan2 lama.berkarya,menulis,mengarang dan sebagainya..tergerak hati untuk mencoret sesuatu yang baru di dalam blog ini setelah hampir 2minggu berehat tanpa cerita.bagi aku,biarlah coretan itu bermakna agar setiap ceritera itu dihargai.
macam hampir semua tahu,sekarang berada di labuan di atas tuntutan universiti untuk memastikan setiap pelajarnya menjalani latihan industri selama 8bulan.haih..labuan...memang labu tol seperti kata munir,salah seorang dari kawan aku yang sama2 menjalani praktikal denganku.wah2..memang sopan sungguh bahasa aku kali ini.entah mengapa diri ini ingin sekali bercerita dalam bahasa yang teratur.he2.(teringat pada kawanku faid,apabila berbahasa begini.jangan marah ye faid.)
untuk apa aku berada di sini??haha..buat masa ini aku,,,,izinkan aku mengguna bahasa rojak agar senang untuk kalian faham.buat masa ini aku tgh buat testing untuk crude oil.ada beberapa sample crude oil.dr vietnam dan kikeh(labuannya crude oil-deepwater crude oil)
.mungkin minggu depan akan dapat beberapa sample lagi.crude oil ini akan diuji dengan beberapa test.Pour Point Test,Yield Test and Viscosity Test.waduh..banyak sungguh ujian dan sample yang perlu diuji.sudah lah setiap ujian perlukan masa yang lama.untuk pengetahuan semua,crude oil ini akan diuji bertujuan untuk mengetahui kualiti dan properties crude oil itu sendiri.kemudian kita akan uji dengan beberapa inhibitor.buat masa ini aku hanya buat ujian dengan menggunakan paraffin inhibitor.ujian ini sangat bagus.mengajar aku dengan beberapa ilmu tentang oil& gas industri.haha..tergelak kecil aku.tidak percaya menulis dalam bahasa yang agak teratur.seperti menulis dalam karangan SPM.apa2 pon,ianya kehidupan aku sekarang selama sebulan lebih aku di labuan.
sebulan lebih je??lepas tu??lepas itu ku akan terbang ke Dubai.insyaAllah jika tidak ada aral yang melintang.hoho..sangat mengujakan selepas tahu tempat tinggal di sana.macam mana tahu??yela.2orang kawan ku yang lain.dah pergi semalam selama sebulan.kemudian mereka akan pulang,aku pulak yang pergi untuk sebulan.that is the deal.huhuhu.so..carila marina residence di wikimapia.org-anda akan nampak kedudukan apartment yang best.kemudian taip marinamansions.com-itula kediaman kami di sana.hehe..nampak best??terasa aku bertuah dapat pergi??hmm..sebenarnya xdela sangat.bersyukurla dapat pergi.tapi itu sebenarnya rezeki masing2.bahagian masing2.seperti post aku yang sebelumnya.kadang2 kita di atas.kadang2 kita di bawah.tapi apakah pengisian kita semasa berada di kedudukan tersebut itu yang dijadikan ukuran.betul tak??
biasanya suka hati ini mengakhiri coretan dengan pertanyaan,ayat2 persoalan atau ayat2 untuk sekadar kita sama2 fikirkan.
andai hujan yang lebat disangka datang dengan musibah
banjir.tanah runtuh.kerosakan harta benda.
andai panas terik sang mentari disangka menyusahkan
panas.kemarau.kering kontang.kulit gelap.
tapi manusia tidak puas dengan apa yang ada
kalau panas terik,mahukan hujan yang turun
kalau hujan lebat,mahukan hari yang cerah
apakah tidak cukup balasan Allah pada umat yang tidak bersyukur??
jangan hitam secalit,akan memburukkan sehelai kain putih.
sederhana pada hidup jadikan prinsip.
sedangkan Rasulullah juga yang dimaafkan dosanya setiap masa.dulu.sekarang.akan datang. pon bersembahyang.tahukah apa jawabnya??jawab Rasulullah:salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur??
sudahkah kita menunjukkan tanda syukur kita sebagai hamba yang daif dan naif??
salam kelana
Thursday, March 27, 2008
saje berkata-kata
jangan seseorang menganggap engkau rendah kerana engkau muda,
jadilah teladan kepada orang lain dalam perkataanmu,tingkahlakumu,kasihmu dan kesetiaanmu..
apa yang dapat aku fikirkan..hidup manusia ni kadang2 tidak adil..tapi semua tu ada hikmahnya. tak semestinya ko baik ko akan dapat benda yang baik sebagai balasan, mungkin banyak musibah n bala yg datang just untuk menguji keimanan dan ketakwaan kita. bukankah itu yang Allah lebih sayang kerana dlm firmanNya, tidak dikatakan beriman seseorang tu sehingga ia diuji..tidak kirala dengan kesenangan atau kesusahan..tapi itula yang selalu buat manusia lari dri tuhan..apabila diuji dengan kesenangan, takbur, bongkak, sombong yang meghiasi diri.jika diuji dengan kesusahan,mulalah nk salahkan tuhan, mulalah melakukan perkara yang tak betul..sebab tula manusia perlu sentiasa menambahkan iman di hati dan ilmu di dada agar petunjuk atau pedoman dari tuhan yang esa sentiasa diberikan..fikirkan untuk mencapai kebahagiaan hakiki
Friday, March 21, 2008
wishing list...
arini 21/3 and currently kat labuan for 2nd time.i'm a vacation trainee remember??sowila..nak wat cmne..dah nasib kitorg cmni..its a trade of..kitorg ni xdela keje bnyk sngt cm org len.buhsan giler duk kat opis je,so sumtime we go for work trip to make sure the company pay us for sumthing.huhuhu..
perjalanan kali ini sangat menarik sebab kitorang didedahkan dgn pelbagai ujian dan alat makmal yang mahal..ada yang bernila lebih dari 1juta.huhuhu.terima kasih kepada ralph yin,area technical manager.dia sangat bagus dan workaholic.yela..mana taknya..masa makan pon dia cakap pasal ujian dan objektifnya.haih~~tensi tol..apa2 pon..kitorang mungkin akan datang labuan lagi dalam masa akan datang...dubai??entahle..kitorg pon dah xtau apa jadi dengan plan tu.harap2 akan dapat berlaku dalam masa terdekat ni.waaa,,,,,,they torturing us..
sebenarnya bukan nak cakap benda ni semua..just opening je.sekarang kita straight to the point..
sebulan lagi ku akan melangkah ke tahun baru.umurku akan bertambah setahun lagi menjadi 22.huhuhu..so this is my wishing list:
1.kebahagiaan dunia akhirat
2.keamanan dunia
3.kasih sayang yang berterusan dari keluarga yang bahagia
4.sahabat dan teman yang memahami
5.kejayaan dalam hidup
6.now it comes to materialistik.he2..kamera digital.high optical zoom.waterproof.shockproof.8mp pon dh kira ok.
7.jam swatch.sporty and trendy
8.PSP
9.iPod touch
10.at least one of this list is granted.
so..sapa2 yang nk celebrate my birthday..blela siapkan hadiah2nya.xperlu pikir nk cari apa.ku dah siapkan da list.just rujuk mana satu.hehe2.tapi xkisah kalo xde pon.they said,,,if u not get it now u'll be get it later.time is everything.just be patient,,,,btw...have a lot of idea to write.but alasan banyak sangat.malas nak tulis.penat.nak tido awal.sok nak bangun awal sebab flight kol 8.30 am dan ralph yang workaholic tu nk p lab lu nak settlekan experimen skit lg.haih~so..maybe next post i can flow my idea on this blog.ok...see yah..take care.. =)
kalau hidup ini umpama roda
bila masanya kita di atas??
bila masanya kita di bawah??
adakah kita akan merasa tinggi dan bangga di atas??
adakah kita akan bersama orang yang di bawah apabila kita di atas??
adakah kita akan merasa hina dan rendah di bawah??
adakah kita akan mengutuk dan mengeji dengan kejayaan orang di atas??
sama2 kita fikirkan..di manakah kita??
salam kelana~~~~
Thursday, March 20, 2008
gambar2 labuan & brunei















keterangan gambar mengikut urutan:labuan
- Baker Petrolite warehouse - its small since it just a temp warehouse
- Checking out one of the our customer warehouse - purak-purak je tu
- Murphy Oil warehouse - the warehouse is huge,locate in Asian Supply Base
- Particle Counter Test - the equipment worth more than 1million
- Pantai Pancur Hitam - nice beach
- Pantai Pancur Hitam - nice sunset view at the beach
- Kuala Belait - sunset in Brunei
- Bake petrolite warehouse - its a complete facility
- Nodding Donkey in OGDC - it just one of the exhibition stuff
- Nodding Donkey - this is real one, and its functioning
- One Millionth Barrel Monument - just one of the tourist site
- RBC demo - they are very good in doing this
- Another old nodding donkey
- Baker petrolite Workshop - servicing and checking the injection equipment,RBC and other stuff
- SAFETY first!!!
- OGDC - oil and gas discovery centre
Saturday, March 1, 2008
brunei post
skang kat melaka.semalam bau balik dari brunei.its a great trip!!kitorg pergi ke brunei darul salam pada rabu tengah hari.sampai kul 4.kat sana kitorg dijemput oleh orang kat sanala.dibawa ke Seaview Hotel .perjalanan ke hotel memakan masa sejam.sempat gakle tido. bilik kat hotel memang best.since nama pon seaview hotel,kitorg dapat bilik sea view.plus sorang dapat satu bilik.tambah lagi best,platform boleh nampak dari bilik kitorg.plus,sunset dia sangat cantik.subhanallah...
the following day,kitorg berangkat ke Baker Petrolite Brunei dimana terletak di kawasan Brunei Shell Petroleum (BSP). Emm..mungkin bakal warehouse labuan akan seperti ini.segala2nya lengkap dengan peralatan.staff dia pon ramai dan peramah.kitorg jumpa chris rainsford, area country manager.kat situ kami jumpa ramai gak orang2 foreigner cm dari scotland,uk,us dan malaysia.ahaks~we r in brunei remember??orang2 brunei kat situ jugak peramah.bestnya kalo dapat wat praktikal kt sini.tapi polisi negara brunei tidak membenarkan kitorg melakukan praktikal kat sini.haih~namun tetap tidak berhenti berharap.mungkin satu hari nanti dapat berkerja kat sini plak.insyaAllah...
kitorg dibawa melawat kawasan sekitar.kitorang tengok workshop,corrosion lab, store barang yang 95% complete dengan semua barang yang diperlukan,siap ada spare part lagi.so our senior engineer yang bawa kitorang dapat beberapa idea macam mana nak set up warehouse kat labuan nnti. pastu kitorg pergi OGDC - oil and gas discovery centre.ala2 petrosains kat klcc.tapi lebih kecil.cam pameran kat miri,where first well was dicovered there.sapa yang pernah pergi taula.camtula exhibiton centre dia.back to the ofis,diorang buat demo camne nak pasang rbs,salah satu alat untuk menguji corrosion.then,dibawa oleh jeffri untuk tour around seria,where onshore plants there.kat situ banyak giler nodding donkey(yang xtau tu google la kat internet.pasti ada).ada yang bergerak,ada yang tidak.cmnela xkaya,well dia kat 200 lebih,offshore and onshore.huhu..impress tol dengan plant dia.sempat gak singgah kat warehouse bakre petrolite where the chemical stored.tapi xdibenarkan masuk sebab xde permit.xpela,tengok dari luar jela.
hmmm..then kat opis,kitorg diberi baca corrosion manual,they said almost everything is there.tebal giler kot kalo nak bace sumer.so just went through jela.anyway we had a good time there.banyak gak yang kitorg dapat sampai kepala hotak ku ni susah nak terima.angguk je bile diorang cakap.haha...
malam tu.kitorang makan steamboat kat restoran hotel.best.biasala,orang belanja,sumer best and sedap.huhuhu..next morning,kitorg berangkat pulang.sempat beli souvenir kat airport je since xsempat pergi bandar untuk jalan2.too bad bagi yang 2 orang ni,since ku pernah pergi brunei before.so xdela terasa sangat.so,sayonara brunei,hope we can come here again sooner or later.
so..nak ceritakan pasal brunei ni,its a good and islamic country.even nak depart with his airlines pon,kena baca doa musafir.its alcohol free country.orang yang datang pon hanya ble bwa dalam amount yang tertentu sahaja.most of the signboard writen in english and jawi where our country bau nak buat.so out dated.hehe...most of the mall close at 9pm.almost 75% of the country is covered by green.kereta kat sana murah and branded.setakat kereta kancil tu rm10K je.where bmw 2nd hand yang bau guna 2-3 tahun lepas,bau rm70k.rumah,jangan cakapla,besar dan cantik plak.like the design coz len dari yang ada kat malaysia.apa lagi ek...entahla..xkenal maka xcinta.so kenala datang kat sini bau ble tau lebih lagi...
so next monday,the lecturer will come again to the ofis,where both of them,my SV and lecturer want to meet each other.pelik plak kan.hehe..yela,1st visit dah dilakukan sehari sebelum berangkat ke brunei.tapi since that time sv xde,so dia insist nak jumpa lecturer.then lecturer plak bila tau sv nak jumpa dia,dia pon xkisah nak datang lagi since dia pon impress dengan company.so he want to have a chat with the sv.anyway.i'm also looking forward to this monday where i will know the next plan.hopefully the plan is on.sangat2 berharap the plan is on.PLEASE....how desperate i am.yela,sapa yang xnak pergi Dubai for training.ooppss.did i said dubai??haha..like i said not konpem yet.so,looking forward for this monday.pray for me okay??
life is like an ice cream,
enjoy it before it melt.... =)
Thursday, February 21, 2008
labuan post
saya melaporkan dari labuan..(dah kat sebulan x pos apa2).hehe.alhamdulillah,even kitorg kat sini seminggu je,tp kitorg sampai gak labuan seperti yang dijanjikan oleh Baker Hughes for our internship program.okla,walaupon seminggu je,dari xpergi langsung kan??
arini dah masuk hari ketiga kitorg kat cni.kat luar tu tengah hujan.dalam ofis ni sejuk giler baban,sebab pasang air-cond.so far our trip kat cni,kalo omputih ckp..everything is fine and good.1st day ktirog dah di bawa ke warehouse.it's a temp warehouse sbb yg real onenya still in the plan.masih mencari tanah untuk bina.haih~not badla..kitorg dapat tgk sendiri cmne chemicals2 yang kitorg baca selama 2bln kat opis(sigh~) disimpan dan dipindahkan.semalam plak kitorg p Asian Supply Base dimana semua oilfield services and operator company berada.PGB,carigali,halliburton,schlumberger and baker hughes,kitorg lawat warehouse Murphy which is our customer in labuan.its a good exposure for us.
labuan??ramai tanya,best ke??huhuh..to be honest.okla.not bad.its very queit,tranquil and small island.no hustle bustle cm kat kl.kerete pon speeding paling laju xsampai 100km/j.yela jalan dia bknnya panjang n jauh pon.people here is nice.our manager kt warehouse ni is sarawakian.people said stuff at here is cheap coz its duty free island.maybe its true to cigarette,beer and car.tapi makanan dia sangat mahal.but then the food is delicious.got seafood for my dinner n lunch for past two days.haih..bestnya..sebab xpayah kuar duit pon utk makan.orang belanja.he2...
tapi yang kurang enaknya di sini.susah nak cari makan.sebab most of the restaurant kt cni,owner dia cina.even dia tulis halal,xde serving pork,tapi cmne tahap halal tu..entahle..kitorg makan seafood je pon.lagi..aktiviti pelacuran kat sini pon cm biasa.night time people like nocturnal animal.sangat aktif,kelab2 malam n pub penuh dgn org n aktiviti.n since kat cni arak n minuman seangkatan dengannya murah,ramai giler orang minum.bersepah!!even melayu pon minum.xtaula dah hitam mana hati diorang.moga Allah bukakan hati mereka.
gambar2 kat kt cni ku akan post nnti.setibanya ku di kl sebab ku xbawa wayar usb utk pindah gambar ke laptop ni.thank god dat umah staff house tu ada net and jakuzi.huhuh.maybe nampak mewah.tapi itu yang disediakan.terima jela kan...hehe2.
so next plan is brunei.we will go there next wednesday for three days only.sebab permit yg dikuarkan hanya tiga hari je utk lawatan.haih~tapi xkisah pon..bukan ada papepon kat brunei tu.so the next next plan ku akan bagitau kemudian sebab xkonpem lagi.tungguu....




