http://www.mcoba.org

Saturday, May 24, 2008

Dubai Post #5

jalan2.tengok2.makan2.shopping2.di dubai

semalam my plan went well.thanks to the map and guide book.haha..and not forget,people here.orang kata,segan bertanya sesat jalan.so watpe nak malu tanya orangkan...untuk ringkaskan perjalanan ku semalam

marina mansions-dubai museum-sheikh saeed house-heritage village-diving village-spice souk-heritage house-al ahmadiya school-jumeirah mosque-wafi mall-marina mansions

start dari dubai museum ku jalan kaki sampaila al ahmadiya school.huhuhu..jauh perjalanan.luas pengalaman.banyak memori dalam kenangan.hik2.ulang lagi.

ingat hari ni blela sampai the richest city in the world(no,its not dubai).its name is Abu Dhabi-The emirate's 420,000 citizens, who sit on one-tenth of the planet's oil and have almost $1 trillion invested abroad, are worth about $17 million apiece-march 19,2007 money.cnn.com.1st sebab cash dah nak habis.2nd kalo guna pakej,like what i said before,susah sebab i'm alone.diorang nak at least 4 person.haih~xpela.next time(bile la next time kan.insyaAllah kalo ada rezeki ku datang lagi).k la.so enjoy some pic dat i took for this last week.maybe today nak p ski dubai plak.kat emirates mall.chow~

Baker Petrolite laboratory in Dubai-cam lab sekolah je.
kete mustang GT area manager Baker Petrolite Dubai
my room at Marina Mansions Tower
ibn batutta mall
pose dgn new shades and clothes hasil shopping di batutta mall
di depan Dubai museum
dhow creek di bur dubai.nice scene here..
bur dubai souk kat area creek road
sheikh saeed house-bapa pembangunan Dubai kot..
row row your boat.....
ni terowong bawah terusan kat gambar atas ni
heritage village..tmpt shopping souvenir skit2 =)
xdapat diving kat labuan,sini pon ble...
heritage house,sejarah rumah??
jadi cikgu tambahan-Al Ahmadiya School
meeting kat Heritage House
jumeriah mosque di jumeirah beach road
Wafi Mall,bentuk cam piramid...
my guideline in Dubai.hehe..

oklah..kalo nak tgk gmbr lagi,ble usha kat frenster.nanti dh cam flickr plak blog ni.hak2..(insyaAllah ku akan buka acc kat flickr plak utk koleksi gambar2 ku.nantikan ye!)

tanya sama hati,
apa sebab sunyi,
nanti jawab hati,
iman tiada,takwa hilang....
maka cintalah pada Yang Mencipta

salam kelana dari Dubai =)

Monday, May 19, 2008

Dubai Post #4

gambar2 ku di dubai.enjoy!!(at last ble upload picture =) )

tempat tinggalku-marina mansion tower dan kawasan sekitarnya

Baker Hughes MEAP,Dubai

me,pintou(angola),abdullah(malaysia),ismail(libya),james(UK),
anthon(australia),richard(gabon)

emirates mall dan skii dubai

batutta mall dan kawasan didalamnya

dragon market

pose di padang pasir...

pasir.pasir.pasir =)

desert safari:dune bashing,sunset,badwin camp(kat tgh2 tu tmpt belly dancer)

ok.ku harap pembaca enjoy with da pic.ada gak pic di frenster.more pic coming this weekend =)
jauh berkelana,luas pengalaman,lagi banyak memori dalam kenangan..

salam kelana dari padang pasir -_-"

Sunday, May 18, 2008

Dubai Post #3

sigh~~~

tengah bengang dengan blogspot ni.xtaula sama ada sistem diorang atau internet di sini..
ku xdapat nak upload gambar and all of the function xkuar.haih~
kalo sapa2 yang mengalami perkara yang sama sila bagi tau ya..

minggu ke-2 di negara padang pasir..
ari ni sampai di opis,ku p ke HQ building
nak jumpa BPC(Baker Petrolite Corporated) area manager- mike deighton
setelah seminggu bau dapat jumpa dia
sama cam bos aku kat kl-bz memanjang,sampai lupa nak daftar course aku kat sini.haih~
so,yang best jumpa dia,dapat naik kete mustang dia.hahahah..best tu..
yela kat sini kete murah2 je.setakat camry tu diorang wat pakai untuk teksi je.hehe..
sebut je kete mahal yang korang tahu,konpem korang le nampak kt sini
lamborghini, aston martin, BMW Mseries, Porsche..macam2 ada

desert safari semalam memang mengujakan
naik Toyota Land Cruiser,redah padang pasir...
memang best plus dapat kenal orang dari negara len
salah satu perkara yang best berkelana sorang2 di negara orang-berkenalan
too bad dat i cant upload da pic currently.
maybe ku akan post gambar saja bila masalah ni diatasi untuk tatapan pembaca.
so i still got some places to go.abu dhabi,tour around dubai,wild wadi and ski dubai.
still a plan since i'm alone ere,agak susah gak nak join pakej diorang kat sini.haih~

andai senyuman penawar duka
andai senyuman buat dunia gembira
andai senyuman jadi penyeri muka
andai kerana senyuman hati jadi ceria
SENYUMlah....hehehe

salam kelana dari padang pasir =)

Saturday, May 17, 2008

Dubai Post #2b

relief......

alhamdulillah,atas sikap terbuka dan merelakan.ku jumpa kembali hand phone ku yang hilang...
terima kasih juga kuucapkan kepada ismail,engineer dari libya..
kalo xde dia,camnela aku nak cakap dgn pak arab yang xfasih english.haih.
sekarang ku mampu tersenyum kembali.he3...
apa2 pon,post ini adalah sambungan..
so nak tau cerita di sebalik ku bangun lewat..
thanks to them,i mean engineerS-en dollah,anthon,ismail,pintou,richard,gary and sorg lagi-lupa plak nak tanya nama dia.
kitorg lepak Le Meridien Mina Siyahi..
ingat just nak makan malam je kat situ..
rupa2nya diorang ble lepak kat situ sampai kol 12.30..
especially mamat omputih nila.dah habis minum,diorang mintak lagi..
maybe kat 6-7 gelas diorang habis.
sambil tu cuci mata-awek2 cun tu-lebanese,indian,finland,australia etc...
ngah2..padan muka.consequencesnya-aku bangun lamabat dan tinggal bas.
1st lesson ere,jangan tido lambat dan make sure kunci jam.hahaha..

Mukhsin,thanks to u too..
u r very nice omanese(btol ke ni,hentam sajela)
tumpangkan ke tmpt keje,then ajar ak cmne nk p opis kalo tertinggal lagi(hopefully dat is my 1st and last)
dia dah nak kahwin dan mahu datang ke malaysia
dia suka sangat malaysia,foods,weather etc..sebab pernah datang before this
dalam hati,bangga skit dan tetiba aku plak rindu-bau seminggu,lom setahun lagi.waaa..
dia cakap dia suka seafood,so ak rekomenkanla labuan dan kota kinabalu
cam little embassador plak-yela..susah nak jumpa malaysian kat sini tau..
and satu benda paling kelakar kat sini
ramai ingat aku filipino-kat sini mmg ramai filipino,india etc..
adela yang cakap tagalog dgn aku.then xde respons dr aku,terus diorg tersipu2 malu.hahaha.
mmg diorang pandang ak pelik la,,,
cam aku ni muka kaler hijau,telinga tajam dan mata satu..eee,bughuknya
sebab most of filipino kat sini cam pekerjala..
so cam ak ni up standard skit,maybe diorg ingat ak ni kaya semacam
xdela...i'm a student man..biasa je.dress like a teenage,act like a school boy bla bla..

pasal handphone ak??
senang citer i like to take pic,so my N73 comes in handy
so i love it,plus without it,living in foreign country(eh..ak ni kan foreigner,sapa yg foreign ni.hak2)
bayangkan..waaa...camne nak idop tu
i cant afford to lose my hp rite now..not yet!!
so aktiviti aku hari ni,seperti yang diwar-warkan
DESERT SAFARI-naik 4x4 jeep,redah padang pasir,sunset in desert(wahh..cantiknya),camel riding(maybe),dinner-bbq,ada shisha kalo nak isap(katakan xnak kepada asap) then penutup is belly dancer.hak2..ok le tu(skali dengan gaya saida AF6)

andai cinta yang kau cari dari yang dicipta
cinta itu tidak kekal dan tidak bahagia
andai cinta yang kau cari dari yang mencipta
cinta itu abadi dan bahagia selamanya
malahan kau akan dicinta oleh yang dicipta

salam kelana dari padang pasir =)

Friday, May 16, 2008

Dubai Post #2a

Bad Day...

celik saja mataku pagi ini,terus ku lihat jam di atas meja.7.00am.What @#$%^!!
terus ku lompat dari katil yang empuk,capai towel putih yang ditukar setiap hari
menuju ke bilik air..selepas mandi dengan kadar yang sangat cepat,
siap,,,,terus ku ke lif dan bertanya receptionist(xtau nak tulis dalam bahasa melayu)
apa nama tempat untuk opis Baker sebab ku tau..bas pagi dah terlepas..waaa..
diorang xtau plak..so aku melilau mencari Bakernya receptionist,
dimana ngada2 nak len2 tempat plak..hahaha..
dapat alamat dari receptionist,terus ku terjah teksi yang cam tau je aku nak naik,
tanya mamat teksi tu plak..dia xtau..getus hatiku,camnela ble jadi driver teksi ni..
sementara dia call kawan dia tanya pasal Techno Park Jebel Ali..
aku menyelongkar beg.@#%^&*,pas ku tertinggal di bilik,semalam terlupa nak letak dalam beg...
aku bagitau mamat tu,aku ble tunjuk jalan(cam otai dubai plak..)
tapi dia kena tunggu kejap,aku kena ambil dat stupid thing yang tertinggal
sapela yang stupid sngt tinggal benda pentingkan..hahaha..manusia...biasala tu..
berlari macam xcukup tanah,aku capai pas ku itu,then baru saja beberapa tapak keluar..
housemate aku,mukhsin(ntah betol ke tidak eja nama dia) dari oman,
dia cakap,tertingal bas ke??(xdela dia cakap dalam bahasa melayu,konpemla english. =))
pastu,dia kata xpe,pergi sama dia..so..aku pon okla..
bagitau mamat teksi tu,bagi skit duet sbb tunggu,
then si mukhsin ni kata jom..wahh..dia bawa kete chevrolet dari oman
sebab dia kata dekat je,4hours driving..
pastu berlakula perbualan..itu kita sambungla..sebab nanti lari tajuk,potong markah..
THE MOST BAD THING HAPPEN ON THE DAY,,,,
i left my N73 handphone in a taxi while we were going to Deira,a good place to shop at cheaper price..
ni semua pasal mamat teksi gak le..dia gelabah sangat sebab orang dah pin pin dia..
aku pon cam kalut gakle..sebab engineer yang p skali dengan aku xde duet UAE,duet pound je..so ak la yang kena kuar duet where dat time ak letak hp yang ak pegang atas seat..
tapi ak konpem,ak dah cek yang xde benda tinggal atas seat,maybe benda tu terjatuh kat tempat kaki..napala cuai sangat kan..
masa tu la..ak cam nak nangis..tapi..aku rasa ada hikmah benda ni semua berlaku..
so aku try ilek je..cam xde pape berlaku..tapi dalam hati..
tiap kali raba poket je..cam2 memori pasal ak dengan handphone aku tu kembali..
bagiku..its like a quarter of my life..sebab apa..nantila..cam dah panjang sangat aku tulis..
pastu on the way balik apartment,hidung aku berdarah lagi,tapi kali ni lagi teruk..siap mengalir lagi..cam sungai yang berdarah..dahle xde tisu..haih..terpaksala tekan hidung..
habis tangan aku berdarah sebab lap
so apa citer dengan hp aku?? dah wat report kat taxi company tu,diorang cakap,nanti diorang buat siasatan..
harap2 jumpala..otherwise terpaksala aku angkut iPhone..hak2..xsedar diri..
k la nanti akan ada sambungan kedua untuk post ni..
skang aku nak tido sebab dah kol 2.30,kat malaysia dah subuh dah...
hahah..doakan aku dapat balik hp aku ya..aminn..
good nite..

Wednesday, May 14, 2008

Dubai Post #1

Assalamualaikum..
Salam dari dubai.seorang diri di dalam apartment bernama Marina Mansion..

Baru pulang dari Mall of Emirates dan Ibn Battuta Mall,teman staff pergi shopping..

tiada apa yang menarik selain cabaran dan dugaan hidup

yang dari kaca mata orang lain,ku seperti sedang berseronok dengan nikmat dunia...

dari perubahan waktu penerbangan,tiada maklumat daftar masuk apartment..

tiada pemberitahuan tentang kehadiranku
individu yang bertanggungjawab tiada...
kurangnya pengetahuan tentang keadaan sekeliling..
masalah internet yang mengganggu hubunganku dengan dunia tanah air..
masalah hidungku yang punya kapilari yang nipis..
akibatnya..hidungku sentiasa ber"tahi hidung" kan darah-xtahan panas...

dan beberapa masalah lain..yang telah bisa ku tangani..

mengajarku erti berdikari di dunia yang terasing bagi diriku..
mematangkan diri untuk lebih berani melangkah dalam hidup penuh ranjau
hidup seorang diri tanpa seorang kenalan pon,
menuntutku untuk lebih bersosial dengan warga asing yang turut tinggal di negara padang pasir ini..

menarik..bercampur gaul..mengenal personaliti yang berbeza..
hidup di dubai ini seperti hidup di kawasan pembinaan..

pembangunan di sini sangat pesat

kren2 mengangkut barang,lori2 simen dan pekerja2 asing yang ramai seperti di malaysia
adalah pemandangan biasa di sini..

mungkin sekadar ini coretan dari dubai.terlalu penat untuk berbicara lagi
andai ada teman di sini,tentu lebih bermakna kehadiranku di negara padang pasir ini

gambar2 ihsan dari internet,belum dapat muat turun lagi gambar2 ku di sini(malas!!).dan tidak lupa,desert safari yang mungkin akan ku pergi hujung minggu ni =)

gambar di kala malam...cantikkan??


the only 7stars hotel in da world..orang katala..den xkata pon...


China court,salah satu bahagian di Ibn Battuta Mall.ada mesir,andalusia,india etc...


tingkat atas Mall of Emirates.shopping~~~


desert safari...tungguuuu.....

salam kelana =)

Friday, May 9, 2008

Dubai Post

Nantikan kehadirannya dua tiga hari lagi.

p/s:berangkat ke dubai esok malam.c u then. salam kelana =)

Thursday, May 8, 2008

bagi dan ambil

bagi dan ambil adalah satu falsafah yang sangat mudah dilafazakn.people just said "you should just give and take for this life"
nampak sangat mudah, tapi bagi yang melakukan itu.....
bagi diri ini, kehidupan itu yang telah menjadi pertaruhan,,
pilihan yang diambil akan memberi kesan pada hidup...
seperti hidup ini...adakah gembira dengan pilihan dan peluang yang ada
adakah kita berpuas hati dengan apa yang kita ada dan apa yang kita telah hilang disebabkan pilihan hidup kita??
kegembiraan, keluarga, masa, wang, kesihatan dan bla bla bla....
kadang2 diri ini menyesal dengan pilihan yang dibuat,
namun demikian ianya seperti menyalahkan takdir dan diri sendiri
seperti tidak mengenal untung, sedangkan ramai lagi yang masih bergelut untuk meneruskan hidup,
tapi perasaan bersyukur itu tetap ada, masakan diri ini bersedia untuk menerima segala balasan yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia di akhirat nanti...
sediakah diri ini untuk menerima segala peluang yang ada dan peluang yang dilepaskan??
biarlah hari esok yang menjadi jawapan untuk itu
sebab kadang2 sesuatu itu lebih baik dibiarkan menjadi tanda tanya...
yang hanya boleh diharapkan..berusaha, berdoa dan bertawakal...itu lebih baikkan...

to love without condition
to talk without intention
to give without reason
and to care without expectation...



salam kelana =)

Wednesday, May 7, 2008

Pria kesepian

tekanan buat manusia resah dan hilang pedoman..
namun ada juga yang menjadikan manusia itu lebik baik dari sebelumnya

"You should help ....., at least u do ur part"said someone...
dalam kecil hatiku "WTH!!apekah aku ni duk goyang kaki je di dalam lab ni.." sambil meneruskan ujian Pour Point yang sedang ku buat.
tambah bisikan diriku lagi "yang ko sebelum ni duduk goyang kaki je, then engineer datang bau nak gelabah buat kerja,buat inventori,,"
aku terima dengan hati terbuka
mungkin ini ujian tanpa ku sedari...
mungkin hanya untuk menguji egoku..
hahahahaa....apa ajela..

namun perkara semalam amat melucukan..hehe
memakai coverall di luar tempat keje adalah perkara biasa di sini
restaurant, bank, shopping mall etc...
so masa tengah makan tengah hari di sebuah restoran yang pertama kali ku bertandang,
lepas bayar bil makanan..
salah seorang waitress datang
"kenal abang zam x??"tanya pompuan yang manis jugak mukanya
kitorang terpinga dan tergamam sebentar...siapa abang zam??
hahaha...muka waitress tu dah merah padam bila kitorang xbagi any respons
rupa2nya coverall yang kitorang pakai ni..maybe hampir sama dengan "abang zam"
which dia pikir kitorang maybe dari tempat yang sama..
hahaha....at least something happened that can cheer me up

berkawanlah selagi ada hati,
bercintalah selagi ada yang sudi,
bergembiralah selagi ada insan di sisi
hargailah teman selagi terasa dia bererti..

salam kelana=)

Tuesday, May 6, 2008

pagi yang cerah...

dikala jam di dinding berdetik,
melarikan setiap saat didalam hidup insan,
dan dikala sang mentari bangkit dari selimut malam,
dan kokokan si ayam jantan membangkitkan makhluk seisi alam
aku menghadap sekeping skrin teknologi manusia..
ingin berbicara dengan setiap manusia..
tentang diriku,hidupku,hatiku dan segalanya..
tapi minda yang segar ini kosong
sepi tanpa sebarang idea..
bagusnya menjadi seperti insan Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin,
(Al-Fatihah buat Allahyarham,moga rohnya dicucuri dengan rahmat Illahi)
teringat aku dengan serangkap pujangga yang menjadi pegangan hidupku

disaat kau dilahirkan ke bumi,
kau menangis dan dunia bergembira,
jalanilah hidup dengan sebaik mungkin dan beramallah,
agar dikala kau tinggalkan dunia ini,
kau tersenyum dan dunia meratap tangis..

ringkas tapi bermakna buat diriku,
hidup dan lakukanlah sesuatu yang berkesan
memberi kesan yang mendalam di hati insan di sekeliling
walaupun ianya sekadar senyuman manis,penghapus duka

salam dari sang kelana =)