http://www.mcoba.org

Sunday, September 27, 2009

sendirian tanpa teman

assalamualaikum

a short post

meluahkan perasaan terkilan

baru ku sedar hidup di dunia ini hanyalah berseorangan

di lahirkan seorang dan di kebumikan seorang

andai ada teman beribu,bukannya dibawa mati

amalan,doa anak yg soleh dan harta yg disedekah menjadi teman

jangan kata aku sombong jika tiada khabar berita

jangan kata aku lupa daratan jika tidak bersua muka

jangan kata aku macam2 jika tidak tahu apa2...

bila mana aku cuba untuk memuaskan hati semua orang

bila mana aku cuba untuk merapatkan yg jauh,

yg dekat ku mesrakan,

biarlah...di akhir nnti,aku juga yang sendirian....

sebab itulah takdirnya...


p/s:syawal disambut sebulan,so xlambat rasanya untuk mengucapkn selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin di atas kekurangan diri ini.



salam sang kelana d-_-b

Wednesday, September 9, 2009

bila izrail memanggil...

alfatihah buat si mati dan kepada ahli2 keluarga kita yang sudah meninggal.

moga roh2 mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yg berbahagia

kejadian tadi,menyentap diri aku dari dunia yang penuh tipu daya

kematian anak jiran sebelah mendiamkan riuh rendah yang selalunya kedengaran

pintu diketuk2 meminta bantuan dihantarkan ke hospital

badan yg sudah lemah longlai dimasukkan,dan kereta ku pecut terus ke hopital

dalam kotak fikiranku,mahu sampai segera,setiap saat itu berharga

mungkin sudah ajalnya,LC namanya,sudah bertemu dengan Penciptanya,

mati mengejut,itu yang doktor dapat katakan

ibunya yang sampai beberapa minit kemudian,tidak dapat menahan sebak

bilik kecemasan bergema dengan tangisan seorang ibu

dikala umat islam semakin asyik dengan persediaan raya

ibu ini meratapi pemergiaan anaknya yang menjadi harapan keluarga

tiada lagi keriangan sambutan raya

tiada lagi kegembiraan di kala ahli keluarga bersama

tiada lagi gurau senda bersama keluarga di pagi raya

di kala ini,ku merenung jauh,,,,

bersediakah aku dikala maut bakal menjemputku bila2 masa??

adakah cukup amalanku untuk menjadi hambaNya yg soleh

dan di kala ini,,,,,

fikiranku melayang jauh,,,,mengingatkan ibu dan ayahku

yang jauh di seberang,,tiba2 aku rindu kepada ayahku dan ibuku

moga ku sempat memohon maaf dan memeluk erat mereka

tak dapat ku bayangkan hidup tanpa mereka

dan andai mereka di tempat ibu yang malang itu

dimana aku yang meninggal,,,

biarlah Yang Maha Esa itu menentukan...

bila kali terkahir anda kata " saya sayang ayah,saya sayang ibu"

jangan tunggu di pagi raya untuk meminta ampun

kerna anda tidak tahu bila masa malaikat izrail datang menjalankan tugas..

Alfatihah~

salam sang kelana d-_-b