lagu jalanan

Sunday, November 1, 2009

tidak berkelana tiada cerita? (dah 99?)

assalamualaikum

bangun awal pagi.lihat keindahan alam yang dikurniakan tuhan

hanya yang bangun sahaja mampu menikmati kecantikan ini

aku yang merapu di pagi hari.

hahaha..statistik menyaksikan penurunan kadar post aku di blog ini

september - 2, october 1.hmmmm...

ada teman kata,dah tak berkelana tiada ceritakah?

aku tersenyum...bukannya tiada cerita.banyak aja yg mahu dikongsi

tapi...aagghhh..itu sume alasan...kalo malas,tuh malas jela.hahaha

rupanya masih ada yg ikut sang kelana berkelana

menongkah hidup yang tidak pasti hala tujunya

terima kasih yang tak terhingga diucapkn pada yg setia membaca

life being great so far.get a dream job.good pay.happy life

but hidup itu xselalu indah.kan?

so adakalanya hati ini dilukai dan bersendiri.life must go on~

hopefully,i'll be back like i promise to u all before.

more post will coming.not the past story coz it will a lot to tell about.

owh ya.ini blog yg ke 99.dah nak masuk 100.

xsangka~

oklah.insyaAllah.ada kelapangan.ku akan nukilkan cerita ku lagi~

ku doa semua,berbahagia dunia dan akhirat.

p/s: aktiviti sepanjang silent mode =) enjoy!!



selamat pengantin baru hanif che ani. semoga berbahagia ke akhir hayat
members of 9903. brotherhood last forever.


with roy, my colleague at baker hughes
wearing baju raya with sampin on MONDAY for Baker Hughes Deepa Raya Open House


meeting the schlumberger girl,marlene
currently she at russia for school.hope u r not freezin cold there =)


The Shark Attack Tour @ Kuala Lumpur
missing you guys so much!!! standing ovation for the tour~


celebrate birthday nina @ ikea
heee...ada citer pada hari tuh....ooopss..


another wedding. Selamat Penganting Baru Halema
green group SD MAP. windu sama korang. One Clap!!


waaaaa.....sentimental and touching giler
windu our old times in UTP~

salam sang kelana d-_-b

Thursday, October 8, 2009

life must go on

hancur hati.


perlukan waktu untuk sembuh sendiri.


xperlu lagi mencari-cari

apakah ini mainan duniawi


biarlah ianya berlalu

di bawa oleh angin semalam

mengharapkan yang pasti

yang ditunggu2 akan muncul nanti

ku mahu berehat di kamar sunyi ini

selamat tinggal dunia

semoga ku bangkit nnti

kembali menjadi diri sendiri

salam sang kelana d-_-b

Sunday, September 27, 2009

sendirian tanpa teman

assalamualaikum

a short post

meluahkan perasaan terkilan

baru ku sedar hidup di dunia ini hanyalah berseorangan

di lahirkan seorang dan di kebumikan seorang

andai ada teman beribu,bukannya dibawa mati

amalan,doa anak yg soleh dan harta yg disedekah menjadi teman

jangan kata aku sombong jika tiada khabar berita

jangan kata aku lupa daratan jika tidak bersua muka

jangan kata aku macam2 jika tidak tahu apa2...

bila mana aku cuba untuk memuaskan hati semua orang

bila mana aku cuba untuk merapatkan yg jauh,

yg dekat ku mesrakan,

biarlah...di akhir nnti,aku juga yang sendirian....

sebab itulah takdirnya...


p/s:syawal disambut sebulan,so xlambat rasanya untuk mengucapkn selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin di atas kekurangan diri ini.



salam sang kelana d-_-b

Wednesday, September 9, 2009

bila izrail memanggil...

alfatihah buat si mati dan kepada ahli2 keluarga kita yang sudah meninggal.

moga roh2 mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yg berbahagia

kejadian tadi,menyentap diri aku dari dunia yang penuh tipu daya

kematian anak jiran sebelah mendiamkan riuh rendah yang selalunya kedengaran

pintu diketuk2 meminta bantuan dihantarkan ke hospital

badan yg sudah lemah longlai dimasukkan,dan kereta ku pecut terus ke hopital

dalam kotak fikiranku,mahu sampai segera,setiap saat itu berharga

mungkin sudah ajalnya,LC namanya,sudah bertemu dengan Penciptanya,

mati mengejut,itu yang doktor dapat katakan

ibunya yang sampai beberapa minit kemudian,tidak dapat menahan sebak

bilik kecemasan bergema dengan tangisan seorang ibu

dikala umat islam semakin asyik dengan persediaan raya

ibu ini meratapi pemergiaan anaknya yang menjadi harapan keluarga

tiada lagi keriangan sambutan raya

tiada lagi kegembiraan di kala ahli keluarga bersama

tiada lagi gurau senda bersama keluarga di pagi raya

di kala ini,ku merenung jauh,,,,

bersediakah aku dikala maut bakal menjemputku bila2 masa??

adakah cukup amalanku untuk menjadi hambaNya yg soleh

dan di kala ini,,,,,

fikiranku melayang jauh,,,,mengingatkan ibu dan ayahku

yang jauh di seberang,,tiba2 aku rindu kepada ayahku dan ibuku

moga ku sempat memohon maaf dan memeluk erat mereka

tak dapat ku bayangkan hidup tanpa mereka

dan andai mereka di tempat ibu yang malang itu

dimana aku yang meninggal,,,

biarlah Yang Maha Esa itu menentukan...

bila kali terkahir anda kata " saya sayang ayah,saya sayang ibu"

jangan tunggu di pagi raya untuk meminta ampun

kerna anda tidak tahu bila masa malaikat izrail datang menjalankan tugas..

Alfatihah~

salam sang kelana d-_-b

Sunday, August 23, 2009

graduasi dan alam kerjaya

assalamualaikum....

it's like a loooooong time dat i'm not updating this blog

uhuk2...berhabuk sudah...

mungkin dunia realiti telah menyibukkan sang kelana untuk singgah di dunia maya ini

mungking benar dan mungkin hanya alasan sang kelana

minggu lepas, pada 160809

berlangsunglah majlis perkahwinan sang kelana...eh salah2

majlis konvokesyen ke9 utp,dan sang kelana adalah graduasi

graduasi yang secara rasminya tamat belajar

dan layak untuk terima skrol dari tun mahathir


with my skroll

officially graduate~

with my beloved parents

handsome bergaya. =P

*more pica at this link

so...160809 menjadi tarikh keramat

170809 pula menjadi satu tarikh untuk catatan baru dalam hidup

melapor diri di menara tan&tan mengimbas kembali

setahun yang telah berlalu...kini menjadi kenyataan

untuk pengetahuan semua...

sang kelana telah bekerja di Baker Hughes, Petrolite division as Field Engineer

sedih untuk tinggalkan kawan2 di banting&carey island

tapi ini yang sang kelana tunggu2 selama ini...

semua kawan2 sime darby xkan ku lupakan...(sentimental plak)

k la..wish everyone all the best in whatever they're doing...

hope we can meet someday at someplace...

p/s:owh ya dan its not too late to wish all the muslim, selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan ramadhan mubarak.moga latihan selama sebulan ini menjadikan kita muslim yg bertakwa dan diredhai Allah...

salam sang kelana d-_-b

Saturday, August 15, 2009

sneak preview 1608

pelayaran selama 4tahun

pelabuhannya kini tiba jua

sedih dan gembira bercampur

terasa baru semalam mendaftar diri

kini tersenyum memakai jubah graduasi

entahla...

harapan kini...

lembaran baru dibuka

'field engineer' status terbaru isnin ini

moga jalan yang dipilih

menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat







kepada sumer...aku nak bungggggaaa!!!

salam sang kelana d-_-b

Tuesday, August 4, 2009

ladang dusun durian

salam dari ladang kelapa sawit....

overall,i'm happy and try to having fun here

which u know,what else we can do in the estet

thank god,banting town is just 10min away

adala secret recipe,kfc,mcdonald,tesco...

and i'm staying in the banglo with aircond room.hee...

carrie junior is working in the carey island

and tomorrow will going to palm oil mill...

they call it 1st hand experience before you go design it...

so kilang kelapa sawit,here i come...

2weeks in palm oil mill and another next 2weeks in kernell oil mill

owh ya...coming soon,new gadget...what it is that??

tunggu.....yang pasti orang kata,yg patah tumbuh,yg hilang berganti...

apa lagi nak bagitau korang ek??

and last but not least,jz around the corner...

my convocation which is scheduled on 16august

but then,utp tgh dikuarantin sb H1N1 kes..sigh~

hope the case can solve soon,so that i can have my convocation without wear mask...

cant imagine taking skrol from Che' Det wearing mask...

xglam la gmbr nk letak kt dinding nnti

k la...will update with you if i can have the chance to enter the internet

somehow connection here is bad..sigh~

till then~

salam sang kelana d-_-b

Tuesday, July 28, 2009

sneak preview...

as promise to upload pictures...

there's lot of pica which consist of 8.45 GB including video

but then xmampu nk upload sume...

so more pica u can view through here

oscar award nite. we won 3 awards

after dinner pica

CEO in the making.amiinn..

missing you guys already

green group is da very best!!

salam sang kelana d-_-b

Monday, July 27, 2009

bila nak kawen??


ku tahu umur sudah menjangkaui 23..2tahun lagi sambutan jubli perak plak

tapi soalan panas ini yang paling rimas ku dengar

soalannya datang bertubi2 semalam

tatkala menghantar kezen ku yg lagi muda bertunang

btw,selamat bertunang mohd khairil b nazri

semoga selamat ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat

back to the main topik

bukannya nak menolak sunnah dan kebaikan

tapi kalo dah xde jodoh lagi nak wat cmne...

sapa setuju angkat tangan~~

(n ramai gak yg xcaya aku masih single =P)

lagipon,hidup ni pon masih terumbang ambing

dihempas dengan ombak ekonomi yang tidak menentu

kesannya layar yang ku sangka dapat membantu

hanya bawa ku ke carey island

tetap bersyukur walaupon masih jauh perjalanan ini

biarlah ku dapat kerja yg tetap,beli kete n umah dulu

bau ble pk pasal kawen...ok x??hahaha

lagipon utk laki cam aku ni,tunggula 4-5tahun g

apa pendapat korg plak??

salam sang kelana d-_-b

Thursday, July 23, 2009

it's come to end....

setiap yang mula itu pasti ada hujungnya

dan setiap pertemuan itu pasti ada perpisahannya

ku tak kisah kemewahan hidup di so call "istana"..

tapi kemewahan ilmu dan kawan baru yang ku dapat ini

tidak ternilai harganya bagiku...belum tentu wang ringgit mampu beli...

indahnya hidup ku sementara,,,,

sebilik bersama abang2 tersayang(mereka sume lagi tua dr aku 24&25)

gadis2 yang sempoi n rock...xlupa juga amoi2 yg cute~

waaa...sangat cedih...

mungkin akan ku kongsi gambar saat2 gembira bersama korang sume...

xde pon sedih2 kat sini...sume happy aje~

dats what i'll missing it soooooooo much!!

malam terakhir di 'istana'...sad already~

greeennn...one clap!!success~

love you all!!!muaxxx....

salam sang kelana d-_-b