alfatihah buat si mati dan kepada ahli2 keluarga kita yang sudah meninggal.
moga roh2 mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yg berbahagia
kejadian tadi,menyentap diri aku dari dunia yang penuh tipu daya
kematian anak jiran sebelah mendiamkan riuh rendah yang selalunya kedengaran
pintu diketuk2 meminta bantuan dihantarkan ke hospital
badan yg sudah lemah longlai dimasukkan,dan kereta ku pecut terus ke hopital
dalam kotak fikiranku,mahu sampai segera,setiap saat itu berharga
mungkin sudah ajalnya,LC namanya,sudah bertemu dengan Penciptanya,
mati mengejut,itu yang doktor dapat katakan
ibunya yang sampai beberapa minit kemudian,tidak dapat menahan sebak
bilik kecemasan bergema dengan tangisan seorang ibu
dikala umat islam semakin asyik dengan persediaan raya
ibu ini meratapi pemergiaan anaknya yang menjadi harapan keluarga
tiada lagi keriangan sambutan raya
tiada lagi kegembiraan di kala ahli keluarga bersama
tiada lagi gurau senda bersama keluarga di pagi raya
di kala ini,ku merenung jauh,,,,
bersediakah aku dikala maut bakal menjemputku bila2 masa??
adakah cukup amalanku untuk menjadi hambaNya yg soleh
dan di kala ini,,,,,
fikiranku melayang jauh,,,,mengingatkan ibu dan ayahku
yang jauh di seberang,,tiba2 aku rindu kepada ayahku dan ibuku
moga ku sempat memohon maaf dan memeluk erat mereka
tak dapat ku bayangkan hidup tanpa mereka
dan andai mereka di tempat ibu yang malang itu
dimana aku yang meninggal,,,
biarlah Yang Maha Esa itu menentukan...
bila kali terkahir anda kata " saya sayang ayah,saya sayang ibu"
jangan tunggu di pagi raya untuk meminta ampun
kerna anda tidak tahu bila masa malaikat izrail datang menjalankan tugas..
Alfatihah~
salam sang kelana d-_-b
Wednesday, September 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment