assalamualaikum....
kalo ikutkan penat badan,mahu aje rebahkannya di atas katil hotel yg best..
tp kerna ingatkan blog yang mahu di update
tidak mahu ada yang tertunggu2
ku bukalah juga laptop company yg lembap ni.hahaha
ceritera jalanan hari ini..
seperti semalam, badan dipaksa cergas seawal 4.30 pagi
pukul 5.15 sudah ke pelabuhan...
platform yang mahu pergi lagi jauh dr semalam...
(ala...platform yg org xble naik tuh sbb laut yg ganas)
disebabkan itu pil mabuk laut diambil dahulu
dan perjalanan yang mengambil masa 2jam
digunakan untuk TIDUR...hehehehe..
nak buat apa lagikan?dari terjaga xbuat apa
dan dibuai agak teruk jugakla...baik rehatkan diri...
mungkin nasib ku agak baik,laut berkelakuan agak baik
walaupon serun juga nak naik platform tuh
owh ya...hari ni guna cara lain naik platform...
mengunakan personnel basket...nak tahu apa..google sendiri...ok?
waa..walaupon agak selamat dan senang cara ini
tapi bergantung pada satu wayar kabel dan ditiup angin
lalu diangkat ke atas platform setinggi 4-5 tingkat tingginya
huhuhu..menggeletar juga kaki ku..hahaha
namun untuk platform yg kedua dan ketiga masih bergayut macam tarzan..
haih...dan tiap kali itu jugakla,hati gundah gulana
memikirkan perkara yg bukan2 terjadi.
namun mungkin orang kata,andai pekerjaan itu dimulakan dengan niat untukNya
insyaAllah dilancarkan segala urusan dan yang penting diberkati
begitu jugalah kerja ku hari ini
yang mengikut perancangan dibuat dalam 2 hari
alhamdulillah siap dalam 1hari
terima kasih kepada orang platform yang bagiku amat menyenangkan
mungkin kita kan bertemu kembali
sudah ada kawan dari platform,itulah yang diajar
rendahkan diri dan berkawan dengan semua orang
ambil pengalaman yg dikongsi
perhati dan belajar apa yg berlaku
kan ku semat itu untuk hari yang mendatang
sebelum balik kapal yg dinaiki menghantar krew platform yg xbalik ke FSO
subhanallah...ombak beralun walau tiada hujan ribut yg melanda
setinggi 4-5meter juga la....
bayangkan bot yg dinaiki boleh sama tinggi dengan kapal FSO tuh bila dilambung ombak
sambil bot beredar pergi meninggalkan blok SK311
ku tersenyum puas,kerjaku selesai walupon report pulak yg menanti
pengalaman manis selama 2hari bekerja di platform gas dan platform minyak
walaupon hanya site visit..banyak jugak yg dipelajari...
yela,,,,saya budak baru belajar,kalau perlu sila tunjuk ajar,
dengan habisnya kerja ku hari ini,dapatlah berehat 2hari di bintulu ini
belum ada peluang utk berjalan di bandar bintulu ini
oklah..
badan sudah merayu diminta untuk direhatkan
mata sudah menarik2 kelopaknya untuk ditutup
moga kita jumpa kembali
akan upload gmbr2 yg sempat diambil
sehingga berjumpa lagi...
salam sang kelana d-_-b
Friday, November 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
=)
Post a Comment