http://www.mcoba.org

Tuesday, September 21, 2010

Diari offshore day 2

Assalamualaikum.

MERDEKA!!!!

SALAM KEMERDEKAAN untuk semua rakyat Malaysia.

Moga kecintaan pada tanah air sentiasa di hati,dulu kini dan selamanya (macam pernah dengar,mana yer.lalalala =P)

Hari kedua di Thailand dan hari pertama di offshore….

Second time naik chopper..dah xgugup dah.kali ni cam biasa je.wee…

4bulan selepas 1st time naik helicopter which the 1st one on my birthday.hadiah birthday yg best!! (even kena g offshore untuk keje time tuh.ramai yg xbagi hadiah lagi.hmmm….muka xmalu~hahaha)

Perjalanan yang still meng’kesima’ sang kelana..sebab perjalanan melalu si gula2 kapas…cam bebudak.awan tuh sangat best.begitu indahnya ciptaanNya.awan itu tergantung di langit tanpa sebarang alat pon…subhanAllah..

Sampai je kat platform.prosedur biasa.cek in semua..ingat tidur kat LQ (living quarters) kt platform tuh,tp rupanya tidur kt FSO@tanker which tempat len.sigh…malas tol nak turun naik bot ni.dugaannn….

So dah setel semua.beg tinggal kt klinik luh.terus start keje.turun naik platform.pergh…dahle puasa.penat seyh…

Owh ya.lupa plak.cabaran hari ini.TAK BANGUN SAHUR!!!hahaha…

Sini sebenarnya sama je ngan KL,tp Thailand guna masa sejam awal dari Malaysia.so sbb tuh cm even xde beza,technically mmg beza la.so tidur asyik bangun je.so dh miss sahur.sigh~

Gagahkan diri jugakla.keje turun naik platform.bawa sample.semput kejap.huhu…nasib baik cover satu platform je.and jfyi,offshore yang ku pergi ni,ada 24 platform kesemuanya kalau xsalah.banyak x???hahaha,,sabau jela.

HAAAA…mesti sumer nak tahu..camne ngan cabaran buka puasa.

Dahle kat offshore,tempat orang pulak tuh – Thailand.

Memang kalau xkuat semangat dan xcukup iman,memang menangis dan redah je kot.dahle lapar xsahur.puasa pulak.perut dah dicakar ganas oleh asid2 perut…

Masa amik makanan,ada pulak hidang makanan haram tuh pulak.waduh.macam mana ye pak.so sang kelana tanyala yang ni diorang masak mcm mana.ada daging x.(yela daging lembu pon kalo xhalal,mana ble makan)…so end up makan roti bakar,buah,salad dan jeng jeng…macaroni.itu pon tawakal ila Allah je.

so hari pertama ku belajar macam mana untuk MEMILIH makanan.yela.selama ni duk bantai je makan.kalo p bazaar tuh,xhengat dunia.haha..mana de la.paling teruk pon aku beli roti john je.nenek aku dah masak mcm2 kot.ponoh satu meja.

Hari pertama sebak jugakla selepas semayang terawikh.yer,saya semayang terawikh.ibadah ramadhan ni xleh nak tinggal.alhamdulillah.ada gak prayer room kat sini. Even aku sorang je kot yg guna.maybe ada muslim lain kot before this…sebak gila la weyh.sorang2 je mengharungi ni.tetiba teringat semua orang.ibu.ayah.keluarga.kengkawan.i wish ada at least seorang muslim kat sini.ku tabahkan jua mengharungi perjalanan ini.mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Seorang.muslim.makanan.ragu2.orang lain.non muslim.ibadah.ku teruskan jua.iman di hati kan ku pertahankan.tidak lemah.dan tetiba teringat lagu Maher Zain, insyaAllah…itulah pendorong ku di sini.

Ku banyakkan zikrullah,basahkan lidahku dengan nama2Nya.moga ditabahkan hati dan dikuatkan iman.alhamdulillah.hati tenang.itu yang ku perlu di saat ini.

Okla.sampai sini je.esok my 1st job,keje sorg.remember 24 platform?ku kena cover one of the platform.ALONE!!huhu…masih baru,tapi besar tanggungjawab.moga dipermudahkan urusan.selamat malam semua.


Sawadeekap….salam sang kelana
d-_-b

No comments: