http://www.mcoba.org

Saturday, January 12, 2008

Al Fatihah

Assalamualaikum...

Kita mulakan dengan menyedekahkan al fatihah kepada bapa saudara sang kelana yang baru pergi menghadap Raja yang Esa pagi semalam.Al Fatihah...

Itulah kitaran hidup kita.yang muda akan tua, yang hidup pasti akan mati.tidak akan ada satu pun makhluk di dunia ini dapat lari dari kematian.sudah menjadi satu perjanjian kita dengan Allah bahawa kita akan menjadi hambaNya yang patuh kepada perintahNya dan meninggalkan laranganNya.dan sudah termaktub dalam perjanjian itu bahawa kita sebagai khalifah Allah yang memikul tanggungjawab yang berat yang makhluk lain pun tidak sanggup untuk memikulnya,akan memakmurkan dunia ini.selain itu seperkara dari perjanjian itu,bahawa kita sebagai hambanya,akan bertemu dengannya membawa amalan sepanjang perjalanan hidup di muka bumi ini.begitu besar tanggungjawab kita.

seringkali ku terduduk diam..merenungkan diri yang belum cukup dengan amalan untuk dibawa ke mahkamah agung dimana Allah menjadi hakimmnya..tidak akan ada satu pun yang terlepas dari perkiraannya.semuanya dihitung.apakah cukup amalan kita??apakah sudah terlaksana segala perintah yang diarahkan??sudah sempurnakah iman kita??muhasabah diri itu sangat perlu bagi setiap insan...ya..tidak lupa juga taubat nasuha..yang telah dikupas cukup panjang oleh dr shark di blognya...

manusia ini tidak pernah sunyi dari kesilapan dan tidak boleh lari dari melakukan kesalahan. oleh itu,ku bersetuju dengan kata2 bahawa,setiap malam,selain dari membaca doa tidur,maafkanlah orang lain dan pohonlah kemaafan dari tuhan.kerana entah itu kali terakhir mata dapat melihat dunia yang fana...begitu juga aku..pasti akan ada secalit titik hitam di hati,hasil dosa yang dibuat.andai kemaafan dan keampunan diberi dari teman2 sekalian, cukup besar maknanya bagiku tatkala ku bertemu dengan Penciptaku dengan diri yang bersih dan suci.begitu juga diriku,tidak pernah tersimpan sekelumit dendam, benci atau amarah kepada teman2 sekalian dikala ku telah maafkan semuanya jikalau ada salah dan silap.seperti kata2 sebelum ini,ku tau usul kejadian manusia yang tidak sempurna.pasti ada kurangnya..

apakah kejadian manusia itu hanya sekadar duduk di tikar sembahyang dan beribadat dari seawal kokokan ayam hingga datangnya rembulan malam??
apakah manusia sedar,kehidupan di dunia ini hanya sementara,jambatan ke dunia akhirat yang kekal selamanya??
apakah kita ini sudah cukup bersedia untuk bertemu dengan Allah tatkala hati sukakan dunia dan bencikan kematian??

waduh..banyak sungguh persoalan yang boleh dibicarakan..tapi sang kelana hanya mahu ringkaskan sahaja...hidup ini haruslah dianggapkan sebagai sebuah kapal yang berlayar..
iman sebagai kompasnya
amal baik sebagai layarnya
ilmu sebagai nakhodanya
takwa sebagai anak kapalnya
insyaAllah.kapal yang berlayar pasti akan sampai ke pulau bahagia-Al Jannah.

semoga 'selimut putih' dapat dihayati bersama...

p/s: terima kasih mr brandon sebab blanja buffet lunch kat nikko hotel.u r such a good boss. dan tidak lupa juga kepada semua umat Islam, Selamat Tahun Baru 1429 Hijriah =)

No comments: