http://www.mcoba.org

Wednesday, August 20, 2008

Perjalanan yang masih jauh??

Assalamualaikum..

1st of all syukur kepada hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnianya dapatlah sang kelana kembali ke blogsphere ini setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang ceritera.Too much stories to tell about..which i want to tell and share first,or make it bersambung to make it short so the reader xbosan baca panjang2 or sang kelana make it the long story short??too many things in this life we need to decide.p/s:i got 136 blog post to read.huhuu

sang kelana mahu cerita dahulu perkara yang tersangat penting dulu.sang kelana baru sahaja kehilangan nenda yang tersayang sabtu lalu.satu pilihan yang menyakitkan dan menyedihkan kepada semua ahli keluarga tatkala kami diberitahu nenda kesayangan hanya mampu hidup untuk setengah jam sahaja lagi.itulah pilihan kami semua kerana tidak mahu membiarkan nenda terlantar tanpa sebarang harapan untuk pulih.pulih untuk berkata dan senyum seperti sedia kala.terlalu berat hati ini membiarkan nenda kesayangan pergi begitu sahaja.

terlalu banyak perkara yang susah untuk dilupakan tentang nenda sang kelana.senyumannya,ketekunannya dalam beribadah,kerajinannya dalam menghias dan menanam pokok bunga,kesedapan masakannya,kelembutan hatinya dan banyak lagi sehingga sehingga kini,suaranya masih terngiang2 di telinga sang kelana,menanyakan khabar dan keadaan sang kelana.terkilan kerana nenda masih belum dapat jejak ke universiti sang kelana belajar.itulah setiap kali yang dia katakan,"bilalah nenek dapat pergi tempat along belajar...".dan aku masih kesal sampai sekarang kerana dalam banyak koleksi gambarku,tidak ada satu pon gambar ku mesra bersama nenda ku.

sebelum nenda menghembuskan nafasnya-iaitu sebelum bantuan pernafasannya dicabut oleh nurse yang banyak membantu(terima kasih),kami semua sempat mencium dan membisikkan sesuatu kepada nenda kesayangan di kala sedu sedan dan tangisan bersama air mata kesedihan mengalir laju di pipi.apakan terdaya,melihat orang yang kita sayang pergi begitu sahaja.memang di saat itu,tiada lagi ego dalam diri semua,mata bergenang air mata dan suara yang tidak mampu dikeluarkan.tiada lagi tempat kami berpegang.tiada lagi tempat kami mengadu.tiada lagi tempat kami perlukan kasih sayang.aduh..sakitnya menanggung kesedihan ini.

Ya Allah,engaku cucurilah rahmat dan kasih sayang Mu kepada nendaku agar rohnya tenang di dunia sana. Ya Allah,engkau ampunkanlah dosa2 nendaku selama ini.andai Engkau tidak mampu ampunkan kesemuanya ya Allah,engkau ringankanlah azab siksaannya ya Allah kerna ku tak mampu melihat nendaku diazab dengan siksaan mu yang pedih yaAllah.Ya Allah,engkau tempatkanlah nendaku di dalam syurgaMu dan di kalangan orang2 yang beriman dan dikasihiMu, ya Allah.Ya Allah, engkau ampunkanlah dosa2 ku,dosa2 kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketika kecil. dan Kau ampunkanlah dosa2 orang2 muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dan Engkau rahmatilah mereka ya Allah.amin ya Rabbal Alamin.

ceritera lain akan sang kelana sambung dalam beberapa post lagi.terlalu sedih hati ini,sehingga diri ini masih mengalirkan air mata mengingatkan nenda kesayangan pergi menghadap Tuannya yang lebih menyayangi.

nenda dalam kenangan
kebahagiaanmu sentiasa di dalam doaku
kaulah permata hati
andai ku mampu bersamamu seketika
memori memasak dodol bersama nenda
masakan raya terakhir dari nenda.raya tahun lepas.raya tahun ini mungkin sepi tanpa masakan dari air tangan nenda....


_sambil melayan lagu exist - untukmu ibu_



semoga rohmmu tenang di sana...

salam sang kelana d-_-b

1 comment:

ZirCon gurL said...

sdeynye psl nenek..
doakan nenda bahagia d sana
i was in ur shoes before...
kasih syg nenek mmg sgt dirindui..
akn drndui slalu..
xsalah pon nk mgalirkan air mata utknya..kan itu lbey baik..
b strong~ =)