http://www.mcoba.org

Sunday, August 31, 2008

Salam Merdeka & Ahlan Wa Sahlan ya Shahrul Barakah

Assalamualaikum~

pagi yang masih menunggu matahari menunjukkan mukanya menyinar muka bumi Allah.
ada yang telah tunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah
dan ada juga yang masih lena dibuai mimpi mainan syaitan

selamat pagi semua.1st of all salam merdeka untuk semua rakyat malaysia.its a year after 50 year our nation being freed by penjajah.hmm..semoga malaysia aman dan makmur dan terus maju.sampahkan mainan politikus sebab ianya memeningkan dan menyusahkan.xkisahla engkau di bangku pemerintah atau engkau ketua yang mengharapkan kerusi Puak Memerintah(PM),jangan engkau biarkan mainan bersih atau kotor engkau itu menyusahkan rakyat.tugas engkau pimpin rakyat ke arah negara maju dan makmur.itu sahaja yang diharapkan oleh seluruh rakyat malaysia.xkisahla mereka itu melayu atau cina,bumiputra atau non-bumi mahupon orang asli atau mak nyah(xasli sungguh),semuanya mahukan keamanan,kemakmuran dan yang terbaik sahaja untuk negara malaysia yang tercinta.MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!(sambil lagu alunan sudirman-31 ogos 1957 dimainkan)


51 tahun dahulu~~

dan hari ini juga bakal mencatat muka baru bagi hidup seluruh umat islam terutamanya di Malaysia(yela,len negara ada yg start awal,ada yg start lmbt-perpaduan umat islam lah katakan(??)).hari ini bukan kita(huhu),akan tgk anak bulan untuk menentukan tarikh berpuasa.ada yang kata,watpe nak tengok anak bulan,baik tgk kalendar je.tapi inikan salah satu cara untuk menentukan.belum tentu itu tepat,jadi kita perlulah guna kaedah lain.betulkan kalau sang kelana salah.jadi esok barangkali insyaAllah,umat islam di Malaysia akan mengerjakan rukun islam yang ketiga.

barangkali ada yang gembira dengan kehadiran shahrul barakah ini kerana di dalamnya terlalu banyak sekali ganjaran dari Allah yang Maha Kasih lagi Maha Penyayangterutamanya lailatul qadar-malam di mana lebik baik dari seribu bulan.ada juga yang gelisah dan tidak bersedia tatkala rutin seharian terganggu dek halangan berpuasa.entahla,manusia ini hanya mahukan ganjaran yang sudah ada di depan mata dan realisitik-duit,harta,pangkat dan kemasyhuran.ganjaran Allah yang lebih besar pula tidak mahu direbut.sampaikan Rasulullah bersabda dalam hadisnya,andai umatku mengetahui ganjaran di bulan ramadhan,umatku pasti mahukan ramadhan itu sepanjang tahun.nampak sangat Rasulullah mengetahui bahawa kebanyakan umat islam ini kurang senang dengan kehadiran ramadhan.mereka lebih senang dan pandang bulan syawal itu kerana mereka boleh bersuka ria dang bergembira.itukan fitrah manusia.mahukan hiburan dek nafsu yang tidak mampu ditunduk dan dikawal semasa madrasah ramadhan.


hanya mengharapkan keredhaan Allah

solat terawikh insyaAllah akan bermula malam ini andai esok kita berpuasa.bermulalah amalan2 sunat yang (hanya) dilakukan dalam ramadhan.sekadar amalan tradisi ataupun dari keinsafan diri yang mahukan keredhaan illahi??tepuk dada tanyalah iman.sekadar pertukaran ilmu yang hanya sedikit ini.hidupkanlah malammu dengan solat sunat-tahajud,taubat dan witir.basahkanlah lidahmu dengan zikrullah.penuhkanlah masamu dengan bacaan suci AlQur'an(AlQur'an diturunkan di bulan yang mulia ini) - lagi bagus kalau dapat khatamkan(tahun ini sang kelana cuba untuk khatamkan walaupon setiap tahun berniat namun tidak dapat) .carilah malam yang satu-lailatul qadar.dan jangan lupa bersedekah dan membuat amal jariah kerana sedekah yang paling utama ialah sedekah di bulan ramadhan.agar ibadah puasa yang kita lakukan adalah sempurna dan setiap kebaikan diterima Allah.rebutlah setiap ganjaran yang dijanjikan dengan mengharapkan tidak lain dari keredhaan Allah.janganlah biarkan ramadhan berlalu sahaja tanpa sebarang hasil.biarlah ia bermakna.kerana belum tentu lagi kita akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang.


maksimumkan ibadahmu...

sekadar tempelan@peringatan bagi yang dah lupa.yela puasa hanya setahun sekalikan...

Lafaz Niat Berbuka Puasa
" Yang bermaksud, Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih "

Lafaz Niat Puasa Sebulan

" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "

Lafaz Niat Puasa Harian



" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "

#selamat hari kemerdekaan yg ke-51
#marhaban ya shahrul barakah

andai mahu menuntut sedikit ilmu tentang ramadhan.layari site ini

p/s:sebagai yang dijanjikan kepada zetot.my aktiviti for last hang out wit friends before they went back to home sweet home~

salam sang kelana d-_-b

No comments: