http://www.mcoba.org

Sunday, September 21, 2008

mencari cinta...........

assalamualaikum~

susah sangat ke nak jumpa cinta sejati??cinta yang membawa kebahagiaan untuk selamanya.happily ever after.sang kelana tengok teman2 sang kelana, mudah aje bertukar pasangan.kononnya dah jumpa mr perfect@miss right.then bila kemanisan cinta dah tiada,bahtera cinta yang dilayar karam di lautan yang xdela ganas pon.(he2).
orang cakap,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.dan perempuan yang baik itu diumpamakan dengan sebiji epal yang nun tumbuh di pucuk pokok-susah untuk dipetik,hanya orang2 tertentu sahaja yang mampu memetiknya.tapi ramai yang memilih untuk senang gugur dan mudah dipetik.bila dah terbiar tidak dikutip dan busuk,baulah tahu~ dan lelaki pulak,apabila nak berkasih,mahu mencari yang terbaik je,kononnya dia dah bagus sangat.tapi kalo ikutkan, nak menjadi imam sembahyang 5waktu pon belum tentu lagi mampu.inikan nak pimpin anak dara orang dan menjadi ketua keluarga satu hari nanti.begitulah perumpamaan yang diberikan....
bagi sang kelana plak,xtaula mahu dikategorikan diri ini sebagai lelaki perasan bagus ke atau lelaki yang takut terima realiti.perasan bagus sebab terlalu memilih.konon nak cari yang terbaik.beberapa kriteria ditetapkan.huhu..xperlulah bagitau kat sini.senang citer kriteria cam lagu altimet-chantek,xdela cerewet sangat kan??pastu bile ada pompuan nak,tapi xcukup kriteria...buat2 xtahu je.huhu..perasan bagus ke atau mahu cari yang terbaik dalam hidup??salah ke??
takut terima realiti plak,bila sudah bertemu dengan gadis yang kononnya seswai.cmne org ckp,lidah kelu,diri tergamam dan hati terpegun untuk berkata2.nak cakap "I LOVE YOU" pon cam susah.takut perempuan tu tidak mahu menerima cinta yang diberi.senang citer, takut di'reject'.haha2....nak dijadikan cerita,teman2 selalu aje minta nasihat dalam bercinta,konon diri berpengalaman,padahal nak meluahkan perasaan pon xgheti.hu2.malu2...nak dijadikan cerita kedua pulak,sebab susah sangat nak luahkan perasaan sudah beberapa episod cinta berakhir dengan no happy ending.dream girl sudah berpunya.terlepas sudah~~
susahnya mencari cinta makhluk ini.cinta kepadaNya tidaklah sesusah ini.Dia menerima kita seadanya.Dia ada dimana sahaja pabila kita memerlukan. Dia tidak memilih rupa paras kita, yang Dia tahu,hati yang mahu mendekatiNya,hati itulah yang dicintaiNya.Bercinta dengan Dia tidak susah. Bercinta dengan manusia itu lebih payah. Dengan Dia, cinta tidak bersyarat. Dia tidak pernah meletakkan syarat "kau kuruskan badan dulu, kau kena beli kereta dulu, kau hadiahkan aku banglo dulu", sebaliknya Allah S.W.T berkata : Selangkah kau datang kepadaKu, seribu langkah Aku datang kepadamu.Dia sayang kepada kita. Jika kita balas cintaNya tentu Dia gembira dan menyayangi kita.
Bila Allah sayang kita, tentu Allah akan sentiasa melindungi kita dari sebarang kejahatan. Allah akan menutup mata kita daripada melihat yang maksiat. Allah akan menutup telinga kita dari mendengar yang maksiat dan Allah akan mengunci mulut kita dari berkata yang maksiat yang tidak mendatangkan faedah malah mendatangkan keburukan kepada kita.
Allah menyuruh meletakkan cinta yang mudah dan membawa keuntungan ini di tempat teratas. Bukan tidak boleh menyintai manusia, tetapi sebelum itu mesti mencintai Allah terlebih dahulu. Apabila kita ingat DIA semasa kita cintakan manusia, kita dapat mengawal cinta itu supaya terpandu dalam kebaikan. Pasti Allah meredai dan merestui cinta kita pada yang lain.inilah namanya mencari CINTA yang kekal abadi...
semoga sang kelana dan teman2 sekalian dapat bertemu dengan cinta yang sejati.tambahan pulak di bulan Ramadhan ini,kasih sayang Allah itu melimpah.hanya pada kita mahu atau tidak untuk mencari dan mendapatkannya...wallahualam

p/s:sang kelana masih belum bertemu cintanya, berkelana mencari cinta seorang bidadari syurga~

salam sang kelana d-_-b

No comments: