http://www.mcoba.org

Friday, November 20, 2009

jalanan itu

assalamualaikum....
kalo ikutkan penat badan,mahu aje rebahkannya di atas katil hotel yg best..
tp kerna ingatkan blog yang mahu di update
tidak mahu ada yang tertunggu2
ku bukalah juga laptop company yg lembap ni.hahaha
ceritera jalanan hari ini..
seperti semalam, badan dipaksa cergas seawal 4.30 pagi
pukul 5.15 sudah ke pelabuhan...
platform yang mahu pergi lagi jauh dr semalam...
(ala...platform yg org xble naik tuh sbb laut yg ganas)
disebabkan itu pil mabuk laut diambil dahulu
dan perjalanan yang mengambil masa 2jam
digunakan untuk TIDUR...hehehehe..
nak buat apa lagikan?dari terjaga xbuat apa
dan dibuai agak teruk jugakla...baik rehatkan diri...
mungkin nasib ku agak baik,laut berkelakuan agak baik
walaupon serun juga nak naik platform tuh
owh ya...hari ni guna cara lain naik platform...
mengunakan personnel basket...nak tahu apa..google sendiri...ok?
waa..walaupon agak selamat dan senang cara ini
tapi bergantung pada satu wayar kabel dan ditiup angin
lalu diangkat ke atas platform setinggi 4-5 tingkat tingginya
huhuhu..menggeletar juga kaki ku..hahaha
namun untuk platform yg kedua dan ketiga masih bergayut macam tarzan..
haih...dan tiap kali itu jugakla,hati gundah gulana
memikirkan perkara yg bukan2 terjadi.
namun mungkin orang kata,andai pekerjaan itu dimulakan dengan niat untukNya
insyaAllah dilancarkan segala urusan dan yang penting diberkati
begitu jugalah kerja ku hari ini
yang mengikut perancangan dibuat dalam 2 hari
alhamdulillah siap dalam 1hari
terima kasih kepada orang platform yang bagiku amat menyenangkan
mungkin kita kan bertemu kembali
sudah ada kawan dari platform,itulah yang diajar
rendahkan diri dan berkawan dengan semua orang
ambil pengalaman yg dikongsi
perhati dan belajar apa yg berlaku
kan ku semat itu untuk hari yang mendatang
sebelum balik kapal yg dinaiki menghantar krew platform yg xbalik ke FSO
subhanallah...ombak beralun walau tiada hujan ribut yg melanda
setinggi 4-5meter juga la....
bayangkan bot yg dinaiki boleh sama tinggi dengan kapal FSO tuh bila dilambung ombak
sambil bot beredar pergi meninggalkan blok SK311
ku tersenyum puas,kerjaku selesai walupon report pulak yg menanti
pengalaman manis selama 2hari bekerja di platform gas dan platform minyak
walaupon hanya site visit..banyak jugak yg dipelajari...
yela,,,,saya budak baru belajar,kalau perlu sila tunjuk ajar,
dengan habisnya kerja ku hari ini,dapatlah berehat 2hari di bintulu ini
belum ada peluang utk berjalan di bandar bintulu ini
oklah..
badan sudah merayu diminta untuk direhatkan
mata sudah menarik2 kelopaknya untuk ditutup
moga kita jumpa kembali
akan upload gmbr2 yg sempat diambil
sehingga berjumpa lagi...

salam sang kelana d-_-b

Thursday, November 19, 2009

new world....

assalamualaikum...
currently di bintulu.
sang kelana telah mula berkelana.
mengenal dunia mencari ceritera manusia.
hari ini, satu lagi catatan baru dalam hidup.
selama ini hanya mengimpikan aje.
kini telah menjejakkan kaki ke atasnya.
pukul 4,30 pagi mata dipaksa celik.
pukul 5.30 pagi harus bersedia untuk ke laut lepas.
ya...ke platform gas dengan bot...
hmmm..yg paling 'menyeronokkan'...
hujung tahun!!! musim tengkujuh kunjung lagi.
nasib mungkin menyebelahi ku,cuaca tidaklah mengganas
tapi sang angin yg meniup kencang
buatkan kapal yang dibawa ke kiri dan kanan seperti kapal kertas aje...
dan ini pertama kali jugalah ku ke platform
dan naik ke atas seperti tarzan....
dengan keadaan ombak yg membuai kapal itu...
tidak sesenang yg disangka...
ku lepas,namun tiap kali ku gunakan tali tarzan tuh,
berapa banyak kali la ingat Dia yg berkuasa
owh ya...2platform yg ku kunjung hari ni.
pengalaman baru,dunia baru,orang baru
dan segala2nya baru....
sangat menarik...
kadang2 ku tersenyum tidak menyangka...
akhirnya ku di atas platform dengan kerja yg diimpikan
namun memikirkan setiap risiko yg diambil
buat ku terpikir,adakah ini jalan yang betul ku pilih...
baru je pergi sehari,dah xsabar nk balik...
cmne nk rotate28-28..huhuhuhu
mungkin orang menyangka,pergi offshore dapat bayaran tinggi
tapi adekah mereka fikir,berapa banyak yang diorang perlu bayar utk itu?
nyawa mereka,cara hidup mereka,keluarga mereka dan banyak lagi...
jadi to get something you need to sacrifice others...
jadi janganlah anggap org offshore ini punya duet banyak just for nothing
they had paid the price for that.
akan ku cekalkan hati dan kuatkan semangat utk hari mendatang...
moga diberi keberkatan dalam setiap yang dicari..
bukan hanya duet halal sahaja...
tapi kalau sembahyang tinggal,ibadah2 lain tiada...
pekerjaan halal mana pon,belum tentu ada keberkatan di dalamnya.
ku doakan kawan2 ku yang juga sebegitu...
tadi ku menangis, mengenangkn betapa besarnya kekuasaan Allah itu
di tengah2 lautan,merenung jauh ke dada langit
menunaikan tanggunjawab sebagai hambaNya...
ku memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk semua ini
dan juga ku pohon andai nyawa dicabut,biarlah diri ini mati dikala mengingatiNya..
waahhh..bercampur aduk post ini....begitula perasaan ku sekarang
excited,sad,nervous,happy,satsified,sume2 adela....
okla sumer...
episod baru lagi esok..dan mungkin tidak akan menjejakkan kaki ke platform
kerana orang2 yg naik ke platform tu xdapat naik kerana ombak yg tidak seswai
untuk melompat guna tali tarzan tuh...
hmmm..so bole bayangkan la ombak dia cmne walaupon xde hujan ribut sume
kalo hujan ribut,xtahula nk bayangkan cmne...hahahaha...
(cuak gila ni.siap dah beli seasick pill dh.)
k la.nk bgn awal esok...need a good rest...
esok insyaAllah update lagi.
teruskan membaca...

salam sang kelana d-_-b

Sunday, November 1, 2009

tidak berkelana tiada cerita? (dah 99?)

assalamualaikum

bangun awal pagi.lihat keindahan alam yang dikurniakan tuhan

hanya yang bangun sahaja mampu menikmati kecantikan ini

aku yang merapu di pagi hari.

hahaha..statistik menyaksikan penurunan kadar post aku di blog ini

september - 2, october 1.hmmmm...

ada teman kata,dah tak berkelana tiada ceritakah?

aku tersenyum...bukannya tiada cerita.banyak aja yg mahu dikongsi

tapi...aagghhh..itu sume alasan...kalo malas,tuh malas jela.hahaha

rupanya masih ada yg ikut sang kelana berkelana

menongkah hidup yang tidak pasti hala tujunya

terima kasih yang tak terhingga diucapkn pada yg setia membaca

life being great so far.get a dream job.good pay.happy life

but hidup itu xselalu indah.kan?

so adakalanya hati ini dilukai dan bersendiri.life must go on~

hopefully,i'll be back like i promise to u all before.

more post will coming.not the past story coz it will a lot to tell about.

owh ya.ini blog yg ke 99.dah nak masuk 100.

xsangka~

oklah.insyaAllah.ada kelapangan.ku akan nukilkan cerita ku lagi~

ku doa semua,berbahagia dunia dan akhirat.

p/s: aktiviti sepanjang silent mode =) enjoy!!



selamat pengantin baru hanif che ani. semoga berbahagia ke akhir hayat
members of 9903. brotherhood last forever.


with roy, my colleague at baker hughes
wearing baju raya with sampin on MONDAY for Baker Hughes Deepa Raya Open House


meeting the schlumberger girl,marlene
currently she at russia for school.hope u r not freezin cold there =)


The Shark Attack Tour @ Kuala Lumpur
missing you guys so much!!! standing ovation for the tour~


celebrate birthday nina @ ikea
heee...ada citer pada hari tuh....ooopss..


another wedding. Selamat Penganting Baru Halema
green group SD MAP. windu sama korang. One Clap!!


waaaaa.....sentimental and touching giler
windu our old times in UTP~

salam sang kelana d-_-b

Thursday, October 8, 2009

life must go on

hancur hati.


perlukan waktu untuk sembuh sendiri.


xperlu lagi mencari-cari

apakah ini mainan duniawi


biarlah ianya berlalu

di bawa oleh angin semalam

mengharapkan yang pasti

yang ditunggu2 akan muncul nanti

ku mahu berehat di kamar sunyi ini

selamat tinggal dunia

semoga ku bangkit nnti

kembali menjadi diri sendiri

salam sang kelana d-_-b

Sunday, September 27, 2009

sendirian tanpa teman

assalamualaikum

a short post

meluahkan perasaan terkilan

baru ku sedar hidup di dunia ini hanyalah berseorangan

di lahirkan seorang dan di kebumikan seorang

andai ada teman beribu,bukannya dibawa mati

amalan,doa anak yg soleh dan harta yg disedekah menjadi teman

jangan kata aku sombong jika tiada khabar berita

jangan kata aku lupa daratan jika tidak bersua muka

jangan kata aku macam2 jika tidak tahu apa2...

bila mana aku cuba untuk memuaskan hati semua orang

bila mana aku cuba untuk merapatkan yg jauh,

yg dekat ku mesrakan,

biarlah...di akhir nnti,aku juga yang sendirian....

sebab itulah takdirnya...


p/s:syawal disambut sebulan,so xlambat rasanya untuk mengucapkn selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin di atas kekurangan diri ini.



salam sang kelana d-_-b

Wednesday, September 9, 2009

bila izrail memanggil...

alfatihah buat si mati dan kepada ahli2 keluarga kita yang sudah meninggal.

moga roh2 mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yg berbahagia

kejadian tadi,menyentap diri aku dari dunia yang penuh tipu daya

kematian anak jiran sebelah mendiamkan riuh rendah yang selalunya kedengaran

pintu diketuk2 meminta bantuan dihantarkan ke hospital

badan yg sudah lemah longlai dimasukkan,dan kereta ku pecut terus ke hopital

dalam kotak fikiranku,mahu sampai segera,setiap saat itu berharga

mungkin sudah ajalnya,LC namanya,sudah bertemu dengan Penciptanya,

mati mengejut,itu yang doktor dapat katakan

ibunya yang sampai beberapa minit kemudian,tidak dapat menahan sebak

bilik kecemasan bergema dengan tangisan seorang ibu

dikala umat islam semakin asyik dengan persediaan raya

ibu ini meratapi pemergiaan anaknya yang menjadi harapan keluarga

tiada lagi keriangan sambutan raya

tiada lagi kegembiraan di kala ahli keluarga bersama

tiada lagi gurau senda bersama keluarga di pagi raya

di kala ini,ku merenung jauh,,,,

bersediakah aku dikala maut bakal menjemputku bila2 masa??

adakah cukup amalanku untuk menjadi hambaNya yg soleh

dan di kala ini,,,,,

fikiranku melayang jauh,,,,mengingatkan ibu dan ayahku

yang jauh di seberang,,tiba2 aku rindu kepada ayahku dan ibuku

moga ku sempat memohon maaf dan memeluk erat mereka

tak dapat ku bayangkan hidup tanpa mereka

dan andai mereka di tempat ibu yang malang itu

dimana aku yang meninggal,,,

biarlah Yang Maha Esa itu menentukan...

bila kali terkahir anda kata " saya sayang ayah,saya sayang ibu"

jangan tunggu di pagi raya untuk meminta ampun

kerna anda tidak tahu bila masa malaikat izrail datang menjalankan tugas..

Alfatihah~

salam sang kelana d-_-b

Sunday, August 23, 2009

graduasi dan alam kerjaya

assalamualaikum....

it's like a loooooong time dat i'm not updating this blog

uhuk2...berhabuk sudah...

mungkin dunia realiti telah menyibukkan sang kelana untuk singgah di dunia maya ini

mungking benar dan mungkin hanya alasan sang kelana

minggu lepas, pada 160809

berlangsunglah majlis perkahwinan sang kelana...eh salah2

majlis konvokesyen ke9 utp,dan sang kelana adalah graduasi

graduasi yang secara rasminya tamat belajar

dan layak untuk terima skrol dari tun mahathir


with my skroll

officially graduate~

with my beloved parents

handsome bergaya. =P

*more pica at this link

so...160809 menjadi tarikh keramat

170809 pula menjadi satu tarikh untuk catatan baru dalam hidup

melapor diri di menara tan&tan mengimbas kembali

setahun yang telah berlalu...kini menjadi kenyataan

untuk pengetahuan semua...

sang kelana telah bekerja di Baker Hughes, Petrolite division as Field Engineer

sedih untuk tinggalkan kawan2 di banting&carey island

tapi ini yang sang kelana tunggu2 selama ini...

semua kawan2 sime darby xkan ku lupakan...(sentimental plak)

k la..wish everyone all the best in whatever they're doing...

hope we can meet someday at someplace...

p/s:owh ya dan its not too late to wish all the muslim, selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan ramadhan mubarak.moga latihan selama sebulan ini menjadikan kita muslim yg bertakwa dan diredhai Allah...

salam sang kelana d-_-b

Saturday, August 15, 2009

sneak preview 1608

pelayaran selama 4tahun

pelabuhannya kini tiba jua

sedih dan gembira bercampur

terasa baru semalam mendaftar diri

kini tersenyum memakai jubah graduasi

entahla...

harapan kini...

lembaran baru dibuka

'field engineer' status terbaru isnin ini

moga jalan yang dipilih

menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat







kepada sumer...aku nak bungggggaaa!!!

salam sang kelana d-_-b

Tuesday, August 4, 2009

ladang dusun durian

salam dari ladang kelapa sawit....

overall,i'm happy and try to having fun here

which u know,what else we can do in the estet

thank god,banting town is just 10min away

adala secret recipe,kfc,mcdonald,tesco...

and i'm staying in the banglo with aircond room.hee...

carrie junior is working in the carey island

and tomorrow will going to palm oil mill...

they call it 1st hand experience before you go design it...

so kilang kelapa sawit,here i come...

2weeks in palm oil mill and another next 2weeks in kernell oil mill

owh ya...coming soon,new gadget...what it is that??

tunggu.....yang pasti orang kata,yg patah tumbuh,yg hilang berganti...

apa lagi nak bagitau korang ek??

and last but not least,jz around the corner...

my convocation which is scheduled on 16august

but then,utp tgh dikuarantin sb H1N1 kes..sigh~

hope the case can solve soon,so that i can have my convocation without wear mask...

cant imagine taking skrol from Che' Det wearing mask...

xglam la gmbr nk letak kt dinding nnti

k la...will update with you if i can have the chance to enter the internet

somehow connection here is bad..sigh~

till then~

salam sang kelana d-_-b

Tuesday, July 28, 2009

sneak preview...

as promise to upload pictures...

there's lot of pica which consist of 8.45 GB including video

but then xmampu nk upload sume...

so more pica u can view through here

oscar award nite. we won 3 awards

after dinner pica

CEO in the making.amiinn..

missing you guys already

green group is da very best!!

salam sang kelana d-_-b

Monday, July 27, 2009

bila nak kawen??


ku tahu umur sudah menjangkaui 23..2tahun lagi sambutan jubli perak plak

tapi soalan panas ini yang paling rimas ku dengar

soalannya datang bertubi2 semalam

tatkala menghantar kezen ku yg lagi muda bertunang

btw,selamat bertunang mohd khairil b nazri

semoga selamat ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat

back to the main topik

bukannya nak menolak sunnah dan kebaikan

tapi kalo dah xde jodoh lagi nak wat cmne...

sapa setuju angkat tangan~~

(n ramai gak yg xcaya aku masih single =P)

lagipon,hidup ni pon masih terumbang ambing

dihempas dengan ombak ekonomi yang tidak menentu

kesannya layar yang ku sangka dapat membantu

hanya bawa ku ke carey island

tetap bersyukur walaupon masih jauh perjalanan ini

biarlah ku dapat kerja yg tetap,beli kete n umah dulu

bau ble pk pasal kawen...ok x??hahaha

lagipon utk laki cam aku ni,tunggula 4-5tahun g

apa pendapat korg plak??

salam sang kelana d-_-b

Thursday, July 23, 2009

it's come to end....

setiap yang mula itu pasti ada hujungnya

dan setiap pertemuan itu pasti ada perpisahannya

ku tak kisah kemewahan hidup di so call "istana"..

tapi kemewahan ilmu dan kawan baru yang ku dapat ini

tidak ternilai harganya bagiku...belum tentu wang ringgit mampu beli...

indahnya hidup ku sementara,,,,

sebilik bersama abang2 tersayang(mereka sume lagi tua dr aku 24&25)

gadis2 yang sempoi n rock...xlupa juga amoi2 yg cute~

waaa...sangat cedih...

mungkin akan ku kongsi gambar saat2 gembira bersama korang sume...

xde pon sedih2 kat sini...sume happy aje~

dats what i'll missing it soooooooo much!!

malam terakhir di 'istana'...sad already~

greeennn...one clap!!success~

love you all!!!muaxxx....

salam sang kelana d-_-b

Wednesday, July 15, 2009

respek,rileks dan respon

Assalamualaikum

xnak cakap panjang~

yang pasti...sang kelana sihat,sangat2 sihat~

5 kali sehari makan, lauk 5-6 jenis, dessert-kek coklat yg sangat sedap,and muffin too~

cuma tido je xcukup..kena bangun awal..kelas start kol 8.30am...

its fun here..new friends,new experience (film making), new knowledge..

sori xde gambar lagi utk saat ketika ini...

will upload later bila dh ada bahan...

wish me luck,still dont get any news from baker hughes

still waiting and menghitung hari...

salam sang kelana d-_-b

Thursday, July 2, 2009

new thing in new month


buku muka...aku dh ada akaun...hahaha...

setelah dipaksa oleh rakan2 sekalian...terima kasih sume(nada x iklhas)...

telah membuka satu lembaran baru di face book...

i'm new there..so tunjuk ajarku sifu

bau je buat..dah dpt manyak kawan.feymes kah??pasan tol!!

and syed mubashir has being honoured to be my 1st friend...

bila plak new face for ceritera jalanan??nantikan...tunggu...

salam sang kelana d-_-b

Tuesday, June 30, 2009

Sime Daby Apprentice

just recieve good news from Sim Darby..

will go for MTP starting this monday

sebulan di Palace of Golden Horses Hotel

what more that i can ask ketika org len tanam anggur kn

and new faces for ceritera jalanan...soon...

k la gtg...nak balik terengganu...home sweet home..

more update coming~

salam sang kelana d-_-b

Monday, June 29, 2009

berkelana di kota metropolitan

kerinci-subang-kerinci-tmn maluri-klcc-kl sentral-kerinci-subang-kerinci

macam itula perjalanan sang kelana semalam

dengan berbekalkn minyak separuh tangki dan xtahu jalan

kita redah aje~~

alhamdulillah berjaya drive di kl..1st time tuh...bangga2, kembang idong (^00^)


dan sngtla best sebab dpt jumpa bdk2 koleq


mkn free ngan bdk utp (congrats mira for your weddin..bilala aku kawen yee..)


then lepak2 kt klcc mkn aiskrim

(en pilot masa muda2.kurus g.jgn marah ye en pilot.hee~)
mlm plak mkn kepok lekor ngan en pilot..

feel so alive...nk wat cmne,org extrovert...

coming soon...singapore kot???hee...

p/s:arini jln2 kt midvalley....

salam sang kelana d-_-b

Thursday, June 25, 2009

memujuk hati yang merajuk



done!!transformers telah ditengok bersama gadis kacukan

setelah tiup kek belated birthday dan makan di restoran sebelah TGV klcc

kami tgk transformers dengan perut yg kekenyangan

hee..btw..gadis kacukan segan nk nyanyi lagu bday kuat2

sbb takut the whole restoran nyanyi skali..so nyanyi pelan2..

overall for the movie i give 4 out of 5.

kalo da last part of letup,tembak2,transform and so on dipendekkn skit,,,

it will be 4.5..percayalah..

perjalanan sejauh 2batu mengambil setengah jam dengan too much of action

i jz said..bila la nk hbs ni...hahaha...

kalo xcaya baca review ni...

Orlando Parfitt, IGN UK: “The film reaches its pinnacle with one such action set-piece that takes place in a forest - a brilliantly crafted sequence that is kinetic, emotional and genuinely thrilling. Unfortunately however, it is a climax that comes only an hour or so into the movie - the remaining 80 or so minutes just never quite scale the same heights.” … “Bay could have cut 40 minutes from the bowels of Transformers 2, and it would have been a far more effective movie. Unfortunately, the director fell into the same trap with Pearl Harbour and Bad Boys II - each filled with spectacular moments, but both becoming bloated, arduous cinematic experiences that ultimately outstay their welcome.” … “Bay has refined and improved his technique when it comes to directing action since the first Transformers. Bay has - to an extent anyway - cleared this up in ROTF, with more lingering tracking shots, cleaner environments and establishing framing.”

btw i still have 3more days here...ada plan ke nk ajak kuar?

p/s:thanx to the spoiler(jae & wan).i don have any passion to know what next in the movie.yet i want the wheelie-da chihuahua...



salam sang kelana d-_-b

Wednesday, June 24, 2009

dah sedia?

1 Rejab 1430 Hijrah

itu yang tercatit di kalendar...

hmm..tinggal 2bulan lagi untuk sampai di bulan barakah



sudah bersediakah kita?

atau masih lagi dibuai dengan mainan dunia yg sementara...

teruskan mencari~

p/s: kaum hawa dah hbs puasa ganti?

salam sang kelana d-_-b

Tuesday, June 23, 2009

i'm still single till now~



yeap,jz realize.i manage to survive as a lone ranger till the end of my education period

hee..even pernah hampir kehilangan status tuh,tp jodoh xkesampaian

Tuhan ada rancangan yg lebih baik untuk diri ini

biarlah remuk pon hati ini,kan ku teruskn jua hidup untuk mencapai kebahagiaan hakiki

mendapat keredhaanNya~

too much of speculation bout my girl...best sngt ke nak tahu??

sedare mare dh sibuk tanya since dh hbs blaja..mcmla aku ni dh keje ble sara anak dara org~

lom ada lagi calonnya.kalo ada nnti ku wat press confrence ok...

current status:still single and available for employer~ hee....

gurl tunggu dulu la.bagi ku cari duet dulu yerr...



p/s:looking forward to watch the most awaited movie:transformers 2 - revenge of the fallen.i got plenty of tickets (5) since unfortunate event happened that most of my friend cant come.sapa nk tgk skali?khamis ni kol 1.30 pm kt klcc.huhuhu

salam sang kelana d-_-b

Monday, June 22, 2009

i'm a job hunter...


currently in KL.bau je smpi tadi dengan menaiki bas transnasional..

nenek kesayangan amik kt hentian bas putra..

pukul 8.30 nnti ada interview

Sime Darby Management Trainee Program

kena pergi Sime Darby Convention Centre di jln bukit kiara

nak ke xnak...

papepon wish me good luck everybody~

salam sang kelana d-_-b

Friday, June 19, 2009

soal hati~

orang cakap...cinta itu buta...

my sayang buat sumer orang passionate...

tertanya,siapala gadis yang telah dipukau oleh sang kelana...

entahle..belum tiba masa dan ketika rasanya..

senyuman yang bole buat ku tersenyum sendiri..

andai aku boleh kongsi saat bahagia itu dengan seisi dunia

jangan tanya kenapa dan apa padaku....

biarkan imaginasi itu berada di kotak hati yg sunyi ini...

tika dan saat ini,ku masih tersenyum memikirkan my sayang...

heee..

(dikala ini...lagu dan sebenarnya bermain di playlist ku..)

selamat dunia.selamat malam semua.moga senyuman itu bersama kamu~

salam sang kelana d-_-b

job hunting



jarum panjang jam di dinding sudah melepasi nomobor 12

dan apa yg aku masih buat di hadapan skrin 19" ini?

baru pulang dari memburu kerja secara maya

sudah 5-6 laman sesawang ku jejaki dan letak jerat,harap ada yang kena~

sudah penat.mahu tidur.semalam tidak jumpa senyuman itu.mahu jumpa senyuman itu~

p/s: banyak btul hit blog ni after post sebelum.hee~

more p/s:nk wat style tulisan cmni plak ke?

salam sang kelana d-_-b

Thursday, June 18, 2009

missing you~

tgh surfing...
tetiba teringat seseorang...
i'm missing my sayang already...
good nyte n sweet dream~
hope i can see that smile in my dream tonite....

salam sang kelana d-_-b

Sunday, June 7, 2009

sayonara UTP post - chap 2

assalamualaikum.

terasa sngt malas nk tulis blog.sbb bau je update smlm.cmne la org2 yg slalu tulis tiap2 ari tu ek.hee...papepon sbb dah janji kenala update with more stories.got the answer for today post?hint given already.xpela.nk tulis pasal aktiviti yg agak gila.it was happened the day after BBQ nite.which is the next morning.dahle malam tu tido lmbt.struggle gak nak bangun pagi tuh.

actually diorg dah plan nak mandi laut.en adam kitala semangat.so pagi tuh.sang kelana.rum8-faid.adam.syuk and sesat gurl -dayah pegila mandi laut.b4 p,kitorg bfast dulu.then mulalah perjalanan kami...memula plan nk p teluk senangin which dayah said its better than teluk batik.but suddenly syuk plak beria2 nk pegi pangkor.pusing punya pusing.we end up p pangkor.haha...gila impromptu punya plan.

sampai kt lumut tuh.terus cari parkin.smpi kt jeti.kakak kt kaunter tuh dh panggil2.kata ada feri dh nk gerak.so apa lagi.kitorg byr n grab da tiket.berlari ke jeti.muhaha...macam amazing race plak.manage to get ferry.then smpi kt pangkor.the main problem is transportation.bincang punya bincang,we chose motor.haaa...the best part is FAID akan naik motor!!!damn...

dah malas nk tulis pnjg2.we went to teluk segadas.hiking in the jungle jz to go there.thanx to syuk.i'm hikin with my flip flop.and with lintah yg kelaparan nk makan darah.luckily sang kelana xdihinggap,malahan siap terpijak lagi.haha...faid plak.after kuar dr teluk tuh,memula ingt dh clear.tetiba tgh mkn,dia terasa sakit.lintah tuh dah naik....cuak dia..btw bout the teluk segadas,its like virgin fall.virgin fall tuh apa plak?hmm...nntila ckp psl tuh.yg pasti the sea is so crystal clear.no people.like private veach plak~xmandi pon which is kerja gila yg dilakukn yg len.yela.mandi laut kol 1tghari.matahari tgh terpacak atas kepala.xde maknanya~end up tido atas buaian.best2~

then,pas kuar dr so call private beach,kitorg isi perut.dah berkeroncong.yela.kt pantai tuh,mkn butterscotch je.thanx to me sebab beli.kalo x sume kebulur xde mkanan.haha...butterscoth addicted.makan2.terus ke teluk nipah.coz kt situ mmg terkenal.ada bnyk aktiviti yg ble dibuat.island hoping.jet ski.banana boat.mandi laut (duuhhh~).so we chose snorkelling.hee..kemaruk sbb dah lama x scuba divin.unfrotunately,even ada ikan,yet da coral are so dissapointed.sedih gile...dahle air dia xjernih.coral bnyk yg mati.haih...the worse is,i found the boat man yg bawa tourist utk island hoping jz simply buang plastik ke laut.bodoh gile~geram tol aku.so dgn perasaan environmentalistnya,aku kutipla dat plastik and few sampah yg terapung.uncivilized betul orang2 ni.kegeraman melanda~

kitorg balik.and naik feri kol 7.45 malam.smpi kt lumut berlari lagi.nk kejarkn maghrib.huhu..pastu dinner kt tmpt yg paling bnyk nyamuk.sumpah xnak makan situ g.makanan pon ok je...huhu..balik..dah kepenatan...end of the tiring day~

so as usual.pica will told u more.heee...

partner in crime
perkampungan atas air....
pose sexy atas feri...
orang2 darat yg jakun~
naik motor tuh...
manela si syuk nak bawa kita ni,,,,
unexpected hiking.thanx syuk~ =P
sampai2 terus tido.panas.lantak korgla nk mandi laut...
yg ni plak cari putera idaman ke?laju2, buaiku laju~
never forget this trip!!
scene lompat atas darat~
scene lompat atas air~
we go to the next level of lompat pica~
sume2 bertapa di tepi pantai~
sangat tenang di sini...
istana pasir yg diorg buat masa aku tido
love this teluk segadas.so privacy~
dah nak balik.xmandi pon~
spot yg menarik di teluk segadas.terjumpa tarzan sesat~
otw to snorkelling
peace to the world!!
manyaknya ikan~
ni nak snorkelling ke nk bergambar ni..
dah penat snorkelling
kamera kat sang kelana....
sudah mahu pulang....

k la.next post is the last celebration of osmet bday at utp.and surprise to the master mind?sapekah mereka2 ini.tungguuu....

salam sang kelana d-_-b