http://www.mcoba.org

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..

rata2 blog yang ku baca hari ini...semuanya berkenaan dgn hari ibu..duuhh~~ada yg mengucapkan terima kasih,ada yg buat sajak,ada yg menceritakan kisah pengorbanan ibunya dan macam2 lagi.kalo nak baca,buka la satu2 link kt sebelah ni.hee...

actually ni,tgh masa selingan.take a break from study.esok my very final exam dah start. Operation management subject.Chancellor Hall.9.00am.dah nk hbs dah aku ni...so..back to our main topic...hari ibu~

perlu ke kita jz ingt pengorbanan ibu kita hari ini je?or hari ni je kita ucapkn terima kasih n sayang kt ibu kita?ada yang panggil ibu,mama,mak,ummi dan pelbagai lagi nama untuk ratu hati yang bertakhta sejak kita lahir.so..kenapa kita xble praktikkan pada hari2 len.at least call@msg your parent seminggu sekali(paling malas la ni),tanya khabar mereka,sihatkah mereka,sudah makan ke mereka...thats how we show our care and love...yela tmbh2 yang blaja jauh2 ni..bkn slalu balik n jumpa parent dia.ini tak...kalo pakwe@makwe tuh tiap2 hari msg@call.kalo ble nak dgr suara kekasih hati sebaik bangun tido n sebelum tido.kononnya nak menceriakan hari and xble tido kalo xde good nite dr kekasih hati(macam ada pengalaman je...lala...still single n available ok~).

kadang2 tuh..mesti diorg risau kalau dah berminggu2 tiada khabar dr anaknya.dah makan ke anak aku ni.sihat ke.cukup tidur ke..n macam2 lagi kerisauan n kebimbangan yang berlegar di kepala mereka.mak bapak manela yang xsayang anak mereka kan.sesibuk mana pon parent kita,pasti diorang akan ingt kita.yela..kitala harapan mereka untuk mendoakan kebahagiaan mereka di alam barzakh nanti.doa anak yang soleh kan mampu membahagiakan ibubapanya di kubur.moga kita tergolong di kalangan anak yang soleh.amin....

jadi di kesempatan ini,cuba kita renung,bila kali terakhir kita cium tangan n dahi parent kita?bila kali terakhir kita kata kita sayang mereka?bila kali terakhir kita peluk erat mereka??bila kali terakhir kita membuat baik dengan mereka?bila kali terkahir kita membantah@meninggikan suara kita tatkala kita tidak puas hati dengan mereka?sudahkah kita meminta ampun dari mereka?jangan jadikan itu semua yang terakhir kerana kita tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.syurga itu di bawah telapak kaki ibu.kasih ibu bawa ke syurga,kasih ayah berpanjangan.sukanya parent kepada kita,maka sukalah Allah pada kita.murkanya Allah dek murkanya parent kepada kita.nauzibillahiminzalik...

teringat akan kisah seorang pemuda yang tetap menjaga parentnya walau telah ditukar menjadi khinzir.masyaAllah.begitu hebat kasih sayang yang ditunjukkan kepada orang yang telah membawa kita ke alam yang fana ni.mampukah kita berbuat sedemikian??tepuk dada tanyalah iman....


kepada ibuku.
ku tahu sudah lama kita tidak bertemu.
bukannya membencimu
tapi amanah yang diberimu harus ku pikul
untuk melihat mu gembira dan tersenyum.
ku mahu kau bangga
dan berkata,"itu anakku"
tunggulah kepulangan anakmu ini
akan ku kembali untuk berada di sisimu
memberi segala yang termampu
untuk menjaga mu...
ingin ku cium dahimu
ingin ku peluk erat badanmu
moga ibu bahagia di dunia dan akhirat
itulah doaku dulu,kini dan selamanya...
ku sayangmu ibu.....
selamat hari ibu~

p/s:playlist lagu untuk hari ibu:
1.selamat hari ibu-hujan
2.lelaki ini-anuar zain
3.buatmu ibu-aeman
4.just for my mum-sheila on 7
5.mama-spice girl
6.untukmu ibu-exist
7.syurga di bawah telapak kaki ibu-aisyah
8.ayah dan ibu-sudirman
9.your mother-yusuf islam&children
10.kasih ibu-burn
11.lagu untuk ibu-borthers
12.cant smile without you-barry manillow
13.airmata ibu-siti nurhaliza
14.song for mama-boys II men
15,everyday i love you-boyzone
16.dia ibuku-m nasir
17.kaulah segalanya-ruth sahanaya
18.you raise me up-westlife.
layannnn...

sayang ibu n sayang ayah~

salam sang kelana d-_-b

1 comment:

xi da ya said...

cehh..macam ade pengalaman tu.
kol kekasih hati bngun pg n sebelum tdo!
dasaat la shaz!!
aku pn x cmtu.haha~