http://www.mcoba.org

Thursday, November 19, 2009

new world....

assalamualaikum...
currently di bintulu.
sang kelana telah mula berkelana.
mengenal dunia mencari ceritera manusia.
hari ini, satu lagi catatan baru dalam hidup.
selama ini hanya mengimpikan aje.
kini telah menjejakkan kaki ke atasnya.
pukul 4,30 pagi mata dipaksa celik.
pukul 5.30 pagi harus bersedia untuk ke laut lepas.
ya...ke platform gas dengan bot...
hmmm..yg paling 'menyeronokkan'...
hujung tahun!!! musim tengkujuh kunjung lagi.
nasib mungkin menyebelahi ku,cuaca tidaklah mengganas
tapi sang angin yg meniup kencang
buatkan kapal yang dibawa ke kiri dan kanan seperti kapal kertas aje...
dan ini pertama kali jugalah ku ke platform
dan naik ke atas seperti tarzan....
dengan keadaan ombak yg membuai kapal itu...
tidak sesenang yg disangka...
ku lepas,namun tiap kali ku gunakan tali tarzan tuh,
berapa banyak kali la ingat Dia yg berkuasa
owh ya...2platform yg ku kunjung hari ni.
pengalaman baru,dunia baru,orang baru
dan segala2nya baru....
sangat menarik...
kadang2 ku tersenyum tidak menyangka...
akhirnya ku di atas platform dengan kerja yg diimpikan
namun memikirkan setiap risiko yg diambil
buat ku terpikir,adakah ini jalan yang betul ku pilih...
baru je pergi sehari,dah xsabar nk balik...
cmne nk rotate28-28..huhuhuhu
mungkin orang menyangka,pergi offshore dapat bayaran tinggi
tapi adekah mereka fikir,berapa banyak yang diorang perlu bayar utk itu?
nyawa mereka,cara hidup mereka,keluarga mereka dan banyak lagi...
jadi to get something you need to sacrifice others...
jadi janganlah anggap org offshore ini punya duet banyak just for nothing
they had paid the price for that.
akan ku cekalkan hati dan kuatkan semangat utk hari mendatang...
moga diberi keberkatan dalam setiap yang dicari..
bukan hanya duet halal sahaja...
tapi kalau sembahyang tinggal,ibadah2 lain tiada...
pekerjaan halal mana pon,belum tentu ada keberkatan di dalamnya.
ku doakan kawan2 ku yang juga sebegitu...
tadi ku menangis, mengenangkn betapa besarnya kekuasaan Allah itu
di tengah2 lautan,merenung jauh ke dada langit
menunaikan tanggunjawab sebagai hambaNya...
ku memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk semua ini
dan juga ku pohon andai nyawa dicabut,biarlah diri ini mati dikala mengingatiNya..
waahhh..bercampur aduk post ini....begitula perasaan ku sekarang
excited,sad,nervous,happy,satsified,sume2 adela....
okla sumer...
episod baru lagi esok..dan mungkin tidak akan menjejakkan kaki ke platform
kerana orang2 yg naik ke platform tu xdapat naik kerana ombak yg tidak seswai
untuk melompat guna tali tarzan tuh...
hmmm..so bole bayangkan la ombak dia cmne walaupon xde hujan ribut sume
kalo hujan ribut,xtahula nk bayangkan cmne...hahahaha...
(cuak gila ni.siap dah beli seasick pill dh.)
k la.nk bgn awal esok...need a good rest...
esok insyaAllah update lagi.
teruskan membaca...

salam sang kelana d-_-b

2 comments:

WaN HaQQ said...

Rajin tetiba di tengah laut mengupdate!!~

Unknown said...

wohh..koolest!! hebat3!!