http://www.mcoba.org

Tuesday, August 26, 2008

_tidak ketahuan_

salam...
nak tulis pasal wedding kezen ku.tapi tiada mood utk tulis panjang2.mahu bercerita panjang namun apakan daya,kemalasan sudah menguasai tatkala sejuk pagi menyelimuti diri dimana katil memanggil-mangil untuk ditemani lagi.huhu~

mahu berkongsi bersama memori terakhir konvo fair sebelum ku grad tahun depan (insyaAllah).banyak orang dan momen yang mahu dicerita.namun apakan daya,kemalasan sudah menguasai tatkala sejuk pagi menyelimuti diri dimana katil memanggil-mangil untuk ditemani lagi.huhu~

tinggal kurang seminggu je lagi nak puasa...sudah bersediakah kita menyambut bulan yang penuh barakah ini??ada yang sudah berkira2 untuk bersahur di mana.dan ada juga yang tak kurang nak beli baju raya kaler apa.terpulang pada masing untuk menginterpretasikan bulan dimana Al-Qur'an diturunkan.mahu berkongsi ilmu lagi dengan pembaca namun apakan daya,kemalasan sudah menguasai tatkala sejuk pagi menyelimuti diri dimana katil memanggil-mangil untuk ditemani lagi.huhu~

hari ini pilihan raya kecil permatang pauh.pertembungan antara gajah dan si tikus.adakah mampu si tikus menumbangkan si gajah yang pernah menjadi guru kepadanya, atau kekebalan si gajah di kubunya (bukan kubu gajah tau,ini permatang pauh!!) tidak boleh ditumpaskn.kita tunggu sahaja keputusannya di malam hari nanti.tidak mahu bercakap politik sebab politik itu terlalu serabut dari rumus2 termodinamik mahupon penjelasan Avrami model.jadi ku mahu sambung tidor lagi kerana kemalasan sudah menguasai tatkala sejuk pagi menyelimuti diri dimana katil memanggil-mangil untuk ditemani lagi.huhu~

kemeriahan konvo fair.no caption.u give that!!















and picture of the weekend~


sapa kenal gadis ini..ble mintakkan no hp x...hik2

sehingga bertemu lagi~

salam sang kelana d--b

1 comment:

xi da ya said...

malu r cmni gmba aku dispotted kan..
ahaha..
nnt nk gmba;p