malaysia digemparkan dengan berita yang mengejutkan.
bagi rakyat ianya menjengkelkan dan membebankan.
bagi pemimpin ianya perlu untuk teruskan negara stabil dari segi ekonomi dan kewangan.dengan kenaikan harga petrol sebanyak RM0.78 dan diesel RM1,seperti ombak tsunami melanda,sekali pantai berubah rupa-penduduk diarahkan berjimat,pemimpin negara dikecam-katanya xsayang dan jaga kebajikan rakyat,harga barang mula naik,kos sara hidup juga turut menerima kesan dan pelbagai perkara lagi yang turut terima impak dari kenaikan drastik yang kata orang xmasuk akal.cukuplah komen untuk isu negara ini kerana banyak lagi blog yang sekarang topiknya berkisar dengan harga minyak naik(=rakyat naik minyak??)..
yang sang kelana ingin ambil dari intipati berita hangat ini ialah hikmahnya...
bukan hendak berkata tentang hikmah kenaikan minyak
tetapi perkataan hikmah itu sendiri yang hendak dikongsi bersama
dalam hidup sang kelana,sudah banyak hikmah yang dapat dari hidup ini
perlu kita ingat,setiap kejadian dan peristiwa itu berlaku dengan sebab dan akibat
itulah hukum dunia yang berputar di atas paksinya
yang kita perlu lakukan ialah redha dan cuba berusaha menjadi manusia lebih baik dari semalam..
tidak perlu kita mengeluh dengan musibah melanda
kerana itu hanya tanda manusia tidak bersyukur dan menyoal ketentuan Illahi..
adakah kita tidak ambil iktibar cerita2 nabi..
banyak yang menentang dan berlagak seperti tuhan dunia
akhirnya terkubur(itupon kalau bumi terima mayatnya) dengan dosa,pangkat dan harta
seperti Qarun yang tidak pernah cukup dengan kemewahan yang dikurniakan..
beberapa hikmah yang sang kelana dapat kenal pasti dalam hidup ini
1.hanya dapat 4A1B dlm upsr.tidak dapat mana2 SBP @ MRSM.pilih sekolah biasa yang baru dibuka dan kekurangan kelengkapan.
hikmah - senang utk bergiat aktif,dikenali ramai, mendapat result yg cemerlang utk PMR(pelajar terbaik) dan berjaya melanjutkan ke salah sebuah SBP yang bagus.
2.walaupon mendapat staight A's dalam SPM,hanya melanjutkan pelajaran di matrikulasi,tidak dapat scholar,ke luar negara atau institut yg lebih bagus.
hikmah - hanya perlu belajar bersungguh2-tidak perlu biasakan diri sebab duduk kat malaysia je,tidak perlu belajar bahasa asing selain english utk berjaya,hasilnya dapat keputusan yg cemerlang dan berjaya mendapat 2scholar-jpa dan petronas,sambung belajar di UTP sebagai petronas scholar.
3.semua orang dah dapat company yang dikehendaki utk internship program.last minit plan-minta Intel(terpaksa),memula xnak sebab tidak berminat dan hampir tiada kena mengena dengan chem eng dan o&g,siap kena kutuk dengan kawan sebab dapat company camni.redha je
hikmah-tawaran last minit-Baker hughes,elaun 1k sebulan,dah jalan brunei,labuan dan dubai(dah penat naik flight)-merasa gak belajar kat luar negara walaupun 3minggu je,kemungkinan untuk diambil bekerja.
bukan nak menunjuk tapi pernah dengar(kalau salah tolong betulkan)
Allah itu akan sentiasa dengar doa hambanNya tanpa sebarang charge
Doa/hajat hamba itu sama ada akan dikabulkan tika saat itu
Jika tidak pada tika saat itu,Allah akan tunjukkan pada perkara lain atau di waktu lain
Atau tidak juga dapat di dunia ini,insyaAllah ianya akan dikurniakan di akhirat nanti
sebab itulah,sabar itu penting.sesungguhnya innallah ma'a sobbirin-sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
sang kelana percaya,setiap perkara itu Allah akan janjikan sesuatu
setiap perbuatan pasti ada balasan walaupon hanya sebesar zarah
setiap doa itu mendekatkan diri kita dengan Allah, kerana Allah itu rindukan rayuan dan tangisan orang yang berdoa padaNya.
sudah panjang kata2 ini,siapalah yang akan membacanya...sebagai rumusan,jangan putus asa.berusaha.bertawakal dan berdoa agar kita menjadi manusia yang lebih baik dari semalam dan hidup ini diredhai Raja segala raja.
salam kelana =)
3 comments:
aku baca! :)
baca juga!
ASSALAMUALAIKUM..
Bila berbicara tentang MINYAK banyak perkara Pelik Tapi Benar boleh kita temui,antaranya ialah :
1. NEGARA pengeluar Minyak di dunia(setakat ini cuma MALAYSIA yang buat begini ) yang menjual minyak mengikut harga semasa dunia kepada rakyatnya tanpa alasan yang kukuh (kalau ada pun boleh dipertikai ) PELIK Tapi Benar.
2. Apabila sesuatu harga hendak dinaikkan, perbandingan akan dibuat dengan negara lain ,bukan perbandingan purata pendapatan rakyat yang sepatutnya dikaji.PELIK Tapi Benar.
3. Apabila sesuatu kumpulan cuba untuk memberi sumbangan kepada rakyat,kumpulan tersebut akan ditentang kononnya boleh menjejaskan negara. PELIK Tapi Benar.
4.TNB adalah satunya syarikat tunggal di Malaysia (Hanya Dia),Namun boleh mencatatkan kerugian sedangkan semua rakyat menggunakan perkhikmatannya. PELIK Tapi Benar.
5. Kadar TOL semakin lama semakin tinggi kadar bayarannya,sedangkan mengikut hukum Bank ( Semakin lama bayar hutang semakin sedikit jumlahnya ). PELIK TAPI Benar.
6. Sekiranya anda golongan bawahan yang membuat laporan Polis atas salah laku pemimpin anda pula yang akan ditangkap.PELIK Tapi Benar.
7.Malaysia ialah negara Demokrasi tapi jika anda memberi sokongan selain Barisan Nasional anda akan dilayan seperti rakyat asing. PELIK Tapi Benar.
8. Penipuan, janji kosong,cakap jer lebihhh adalah mainan pemimpin utama negara ( Kalau Negara lain dah lama bungkus ),namun masih juga ada penyokong setia. PELIK Tapi Benar.
9. Purata perbelanjaan penduduk Malaysia melebihi Pendapatan namun pemimpin masih menyatakan sepatutnya rakyat bersyukurrrr. PELIK Tapi Benar.
10. Bila anda mengusahakan sesuatu tanah tanpa kebenaran,anda boleh dianggap menceroboh.( Biar tanah tu semak gila.. takpe ). Kemungkinan juga hasil akan diambil oleh para Kroni dan pengusahaan akan diteruskan oleh mereka. PELIK Tapi Benar.
BONUS. Rakyat asing (Singapura terutamanya ) adalah rakyat emas pemimpin negara kerana dapat harga air yang murah dan boleh membeli apa saja di negara kita (Silakan..Silakan..). PELIK Tapi Benar.
BONUS 2. Untuk kegunaan rakyat sendiri seperti contoh Kereta, dibuat dengan sambil lewa,barangan tidak berkualiti, dijual mahal ,manakala rakyat asing kelas A punya,Harga Murah Maa. PELIK Tapi Benar
Cukup lah ,dah tak cukup ruang nak menulis lagi..
credit to rashitt(tko),amir iqbal
Post a Comment